Hari pertama ibarat orang yang baru sahaja berlari 550 kilometer. Penatnya hari pertama mengajar sehingga terdetik bila la nak abis mengajar. Maklumlah cikgu sementara baru. Kena dengan budak darjah 2 dan 3. aduh...hehe. Namun begitu, keletihan bertukar kegembiraan bilamana hati dan jiwa mula serasi dengan keadaan sekeliling. Demikianlah apa yang dirasai oleh guru-guru saya dulu kot ketika saya masih nakal. Sekarang pun nakal jugak.hehe. Mudahan pengalaman mengajar ini memberi sedikit manfaat dari sudut interaksi dengan anak-anak di masa hadapan. Walaupun gaji guru tak selumayan guru di SDAR dan KMS, hehe, tetapi jauh lebih besar dari itu, satu pengalaman yang menjadi guru kepada saya pada masa hadapan. Kepada guru di SDAR dan KMS juga pada yang tidak tertulis, hehe, terima kasih. Dengan izin Allah saya berjaya setapak demi setapak menuju keredaan Allah. Kepada kawan-kawan yang masih belum berpengalaman mengajar, saya syorkan untuk mencari peluang mengajar di sekolah-sekolah. Best. Tidak terungkap dengan perangai budak2 yang bermacam jenis. Semoga pengalaman ini ditambah dengan jualan kerepek, minyak kelapa dara, telekung, dan sebagainya menjadi titik permulaan kepada kejayaan akan datang.Insyaallah.hehe.apalah yang mengarut ni haris....hahahah
Hari pertama ramadan, abiskan masa dengan bacaan Al-quran dan internet.. Entah..ketika sibuk melihat video-video di youtube, lagu best la,video sedih la, tiba-tiba terdetik untuk menulis gemilang 037..Akhirnya, aku terjumpa satu video yang begitu menggamit memori lamaku di sdar dahulu. Sahabat yang sama-sama makan,tidur, letih dan sebagainya..Benar-benar menyayukan hati.. Kepada sahabat-sahabat...keep in touch sahabat...Mungkin suatu ketika nanti kita akan bertemu semula. Mungkin ketika sudah berumah tangga,sudah bekerja, sudah tua dan sebagainya.. Teringat kenangan terindah kita di sdar..5 tahun...mudah2an Allah kekalkan ukhuwah antara kita....
Inilah kata kunci yang mampu ditakrifkan kepada diri ini yang seminggu lepas terasa seolah-0lah hidup tiada makna.huh! Selepas satu situasi yang menggamit jiwa berlaku. Namun, kawan2 datang memberi semangat dan dorongan. Alhamdulillah berkat pertolongan dan keizinan Allah, aku masih mampu berdiri dalam sehingga ke saat ini. Pagi ini abang aku,faiz akan pulang ke amerika semula untuk menyambung perjuangannya. Ramai sedaraku bertanya, "kamu bila pula nak fly???,"..huh! Hanya ucapan Insyaallah mampu diucap. Dalam hati berazam ingin lebihkan usaha. Walaupun diri masih belum sepenuhnya bersedia untuk berjuang bermati-matian.
Rakan yang dikasihi, Malam tadi aku sempat berjemaah maghrib,solat hajat dan baca yasin serta solat isyak dengan keluarga. Terasa lain dari yang lain. Sempena abangku yang fly, kami doakan keselamatan dan kejayaan kepada beliau. Nak cerita, malam tadi ayahku berbicara setelah sekian lama aku tidak mendapat makanan rohani dari insan mulia. Begitu tersentuh. Pesanan beliau cukup terkesan. Baru aku terasa betapa untungnya mendapat seorang ayah yang begitu memahami anaknya..Antara pengajaran yang aku tidak akan lupa ialah sentiasa membaca surah yasin dan waqiah di mana2 pon,jangan tinggal solat hajat dan istikarah tiap2 hari..(bukan time nak kawin jer),jgn lupa amalkan yasin yang sepatutnya dihafal ketika kesusahan dan kesenangan, sentiasa lihat pengajaran disebalik kejadian, dan wajibkan bagi diri solat malam. Jika kita ditimpa kegagalan, kita kena reflek balik apa yang telah kita lakukan. Mungkin ada hutang dengan Allah. Mungkin tidak cukup ikhlas. Mungkin ada sebab2 lain. Jika ditimpa kesenangan, Allah jua ingin menguji kita. Alhamdulillah, bermula saat ini, aku cuba untuk bermujahadah dalam kerendahan hati di hadapan Allah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Rakan yang dicintai sekalian, Semalam jua aku menziarahi sahabatku di area senawang. Beliau akan melanjutkan pelajaran di Mesir. Betapa tenangnya aku bilamana melihat wajahnya. Apatah lagi berbicara dengannya. Seorang hafiz al-quran. Cukup teratur kata-katanya. Yang bestnya dapat borak lama dengan dia. Bersyukur. Banyak jua perkara dibincangkan. Sempat solat berjemaah asar bersama-sama di rumahnya. Perh.Feeling abis. Bestnya berteman dengan orang soleh. Akhir sekali, bila aku nak berangkat pulang ke kolej semula, aku memohon nasihat berupa amalan atau tazkirah yang boleh mengisi jiwa ku yang semakin kekosongan. Dia mengajar aku satu amalan mudah. Bacalah istighfar 100 kali sebelum subuh. Alhamdulillah.terima kasih nafiq atas nasihat itu. Akan mula kuamalkan.
Setelah ku meneliti segala yang berlaku, aku sedar Allah masih sayangkan aku. Nasihat yang datang betul-betul memberi kesan agar diri ini lebih baik dari sebelum ini. Kalau di sekolah dulu, sebagai pemimpin badan islam mampu memberi contoh yang baik pada adik2, ujian sebenar datang selepas hidup di dunia sebenar.
Kepada pembaca, doakan diri penulis sentiasa dalam kebenaranNya dan kefahaman Islam yang sebenar jesteru menjadi hamba yang taat kepada Allah demi membangun ummah yang mulia ini. Alhamdulillah baru kini ke tersentak bahawa aku bukan seorang.
Kini aku sedang berada dalam keadaan kurang sihat, di rumah sambil mengharapkan agar situasi ini tidak begitu kritikal. Ingin aku kongsikan satu pengalaman yang aku kira memberi seribu satu makna dalam kehidupan bertuhan.
Sidang pembaca yang dikasihi, Kolej aku sebenarnya telah merancang untuk mengadakan program semai bakti berbentuk khidmat masyarakat di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Bayai. Tidak berapa tahu tempatnya kerana belum pernah menjejakkan kaki di kampung itu. Program ini dilaksanakan oleh pelajar-pelajar IB tahun ke-4 Kms. Dipendekkan cerita aku adalah antara mereka yang mengambil program A-level yang mengikuti program ini. Hal ini kerana aku adalah antara yang diberikan keistimewaan untuk menyertai program ini kerana aku antara mpp kms, dan diberi tanggungjawab untuk menjadi mc serta diminta untuk mempersembahkan persembahan silat. Allahuakbar! Pada awalnya hati meronta2 untuk tidak terlibat, tapi atas permintaan sahabat yang kukasihi, aku merelakan diri untuk bersetuju mempersembahkannya.
Pembaca Yang dicintai sekalian, Setelah semuanya dirancang dengan baik. Aku memutuskan untuk pergi ke SDAR, bekas sekolahku untuk meminjam baju silat. Aku menjangkakan untuk pulang awal tetapi oleh kerana asrama sekolah dikuarantin buat sementara waktu, aku terpaksa menunggu sehingga pukul 8 setengah malam untuk menerima baju itu. Baru aku pulang ke kolej. Nak ceritakan disini, sebelum aku pergi ke SDAR lagi, aku terasa seolah-olah tidak bermaya untuk berjalan. Namun demi sahabat, aku gagahkan diri. Di sana, keadaan ku makin teruk. Sahabatku jua yang turut serta bersamaku mengalami keadaan yang sama. Terasa sendi2 lemah. Seolah-olah mahu pengsan. Namun aku kuatkan kudratku.Badan masing-masing panas. Mata terasa pedih. Akhirnya setelah pulang ke kolej, aku memanggil van kolej untuk menghantar kami ke klinik.
Sahabatku yang dikasihi Allah, Harapan dan impian kami untuk ke kampung bayai terhenti di tengah jalan. Kami diminta untuk balik kerana dikuarantin atas alasan demam. Kata doktor, asal demam je, mesti balik kerana ketika ini manusia cukup takut dengan wabak yang kian kuat menyerang seluruh dunia iaitu H1N1. Aku menghempaskan nafas kecil dan mula berzikir serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini. Allah Maha mengetahui. Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Saudaraku yang dicintai, Bayangkan segalanya telah dirancang tetapi hakikat Allah mampu buat apa saja dalam sekelip mata. Benarlah firman Allah yang mengatakan bahawa manusia merancang dan Allah merancang, dan rancangan Allah adalah yang terbaik. Ku terima dengan hati yang syahdu memikirkan hikmah disebalik ketentuan ini. Hari ini, mereka yang terlibat memulakan program itu selama tiga hari di sana. Aku kini duduk di rumah sambil memikirkan kerja-kerja lain yang mampu untuk disiapkan berbekalkan kekuatan yang Allah berikan ini. Kesakitan ini tidak akan dirasai melainkan mereka yang mengalaminya. Oleh sebab itu dalam kitab Tanbihul Ghafilin, Hatim Al-Asham pernah berkata,
" ..nikmat sihat tidak akan dirasai melainkan mereka yang merasai sakit.."
Allahuakbar. Namun begitu, aku bersyukur diberikan kesakitan ini, kerana aku yakin Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada hambaNya. Mungkin Allah hendak menyedarkan aku agar lebih banyak mengingatiNya berbanding manusia lain atau mungkin untuk menghapuskan dosa-dosaku yang kulakukan selama ini.
Pembaca yang dicintai sekalian, Yakinilah bahawa segala apa yang berlaku tidak kira pahit manis, pasti ada hikmah di sebaliknya. Benarlah satu SMS ku terima dari seorang sahabat,
"Kadangkala hati ini perlu diuji agar kita tidak sahaja merasa selesa dengan kesukaan, tetapi juga merasa selesa dengan kedukaan"
Sedarlah wahai sahabatku serta diriku sendiri, bahawa kita wajib untuk berprasangka baik kepada Allah pencipta kita. Segala ketentuan yang berlaku pastinya tersirat hikmah. Jesteru, marilah sama-sama kita ambil iktibar HIKMAH DISEBALIK TAKDIR.