Salam..........





Friday, July 31, 2009

Hikmah Disebalik Takdir

Kini aku sedang berada dalam keadaan kurang sihat, di rumah sambil mengharapkan agar situasi ini tidak begitu kritikal. Ingin aku kongsikan satu pengalaman yang aku kira memberi seribu satu makna dalam kehidupan bertuhan.




Sidang pembaca yang dikasihi,
Kolej aku sebenarnya telah merancang untuk mengadakan program semai bakti berbentuk khidmat masyarakat di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Bayai. Tidak berapa tahu tempatnya kerana belum pernah menjejakkan kaki di kampung itu. Program ini dilaksanakan oleh pelajar-pelajar IB tahun ke-4 Kms. Dipendekkan cerita aku adalah antara mereka yang mengambil program A-level yang mengikuti program ini. Hal ini kerana aku adalah antara yang diberikan keistimewaan untuk menyertai program ini kerana aku antara mpp kms, dan diberi tanggungjawab untuk menjadi mc serta diminta untuk mempersembahkan persembahan silat. Allahuakbar! Pada awalnya hati meronta2 untuk tidak terlibat, tapi atas permintaan sahabat yang kukasihi, aku merelakan diri untuk bersetuju mempersembahkannya.

Pembaca Yang dicintai sekalian,
Setelah semuanya dirancang dengan baik. Aku memutuskan untuk pergi ke SDAR, bekas sekolahku untuk meminjam baju silat. Aku menjangkakan untuk pulang awal tetapi oleh kerana asrama sekolah dikuarantin buat sementara waktu, aku terpaksa menunggu sehingga pukul 8 setengah malam untuk menerima baju itu. Baru aku pulang ke kolej. Nak ceritakan disini, sebelum aku pergi ke SDAR lagi, aku terasa seolah-olah tidak bermaya untuk berjalan. Namun demi sahabat, aku gagahkan diri. Di sana, keadaan ku makin teruk. Sahabatku jua yang turut serta bersamaku mengalami keadaan yang sama. Terasa sendi2 lemah. Seolah-olah mahu pengsan. Namun aku kuatkan kudratku.Badan masing-masing panas. Mata terasa pedih. Akhirnya setelah pulang ke kolej, aku memanggil van kolej untuk menghantar kami ke klinik.

Sahabatku yang dikasihi Allah,
Harapan dan impian kami untuk ke kampung bayai terhenti di tengah jalan. Kami diminta untuk balik kerana dikuarantin atas alasan demam. Kata doktor, asal demam je, mesti balik kerana ketika ini manusia cukup takut dengan wabak yang kian kuat menyerang seluruh dunia iaitu H1N1. Aku menghempaskan nafas kecil dan mula berzikir serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini. Allah Maha mengetahui. Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Saudaraku yang dicintai,
Bayangkan segalanya telah dirancang tetapi hakikat Allah mampu buat apa saja dalam sekelip mata. Benarlah firman Allah yang mengatakan bahawa manusia merancang dan Allah merancang, dan rancangan Allah adalah yang terbaik. Ku terima dengan hati yang syahdu memikirkan hikmah disebalik ketentuan ini. Hari ini, mereka yang terlibat memulakan program itu selama tiga hari di sana. Aku kini duduk di rumah sambil memikirkan kerja-kerja lain yang mampu untuk disiapkan berbekalkan kekuatan yang Allah berikan ini. Kesakitan ini tidak akan dirasai melainkan mereka yang mengalaminya. Oleh sebab itu dalam kitab Tanbihul Ghafilin, Hatim Al-Asham pernah berkata,

" ..nikmat sihat tidak akan dirasai melainkan mereka yang merasai sakit.."

Allahuakbar. Namun begitu, aku bersyukur diberikan kesakitan ini, kerana aku yakin Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada hambaNya. Mungkin Allah hendak menyedarkan aku agar lebih banyak mengingatiNya berbanding manusia lain atau mungkin untuk menghapuskan dosa-dosaku yang kulakukan selama ini.

Pembaca yang dicintai sekalian,
Yakinilah bahawa segala apa yang berlaku tidak kira pahit manis, pasti ada hikmah di sebaliknya. Benarlah satu SMS ku terima dari seorang sahabat,

"Kadangkala hati ini perlu diuji agar kita tidak sahaja merasa selesa dengan kesukaan, tetapi juga merasa selesa dengan kedukaan"

Sedarlah wahai sahabatku serta diriku sendiri, bahawa kita wajib untuk berprasangka baik kepada Allah pencipta kita. Segala ketentuan yang berlaku pastinya tersirat hikmah. Jesteru, marilah sama-sama kita ambil iktibar HIKMAH DISEBALIK TAKDIR.

6 comments:

Un Phat Lee said...

semoga cepat sembuh.
Amiin.

khAzInAtUL AsrAr said...

salam harith...

Terus kuat harith..
Jangan mengalah...
Perlu bersangka baik pada Allah..

KMB menyokong anda..

Anonymous said...

"Dua nikmat yg banyak daripada manusia lupa ialah nikmat sihat dan masa lapang"-hadis shahih....mengapa manusia selalu lupakan 2 perkara tersebut?ni kerana manusia selalu terlupa nak perasan bahawa dua perkara tu juge sebenarnye adalah nikmat...pabila ia dinamakan nikmat maka seharusnyer digunekan sebaik-baiknyer agar Allah x menarik semula nikmat2 tersebut..tp manusia selalu sgt perasan nikmat tersebut pabila mereka sedang sakit..tu maknenyer pe???

Unknown said...

salam..

dalam kesusahan ada kesenangan..tidak ada yang tidak baik. semuanya berbentuk ujian..

hanya kesabaran yang kuat dan iman yang kental dapat mengharungi cabaran..

semoga cepat sembuh sahabat..

Harithmkt90 said...

Salam.kepada Un:-
Tewrima kasih.Alhamdulillah dah semakin baik..tinggal batuk jer..
Kepada Khazinatul Asrar:-
Syukran atas sokongan.Sekarang diduga lagi. Terima kasih Allah.
Kepada Anonymous:-
Maknanya Allah masih sayang akan kita kerana dia masih memberi kita sakit sebagai peringtan.
Kepada Ashraf:-
Syukran atas kata-kata semangt. Sekarang diduga lagi denagn ujian lain..Hidup penuh dengan ujian. Moga Syurga ganjaranNya.

Anonymous said...

betol tu..
ingatlah jual beli kita dengan Allah dalam ayat 111,at-Taubah...