Salam..........





Monday, August 17, 2009

I'am not alone.....

PUTUS ASA

Inilah kata kunci yang mampu ditakrifkan kepada diri ini yang seminggu lepas terasa seolah-0lah hidup tiada makna.huh! Selepas satu situasi yang menggamit jiwa berlaku. Namun, kawan2 datang memberi semangat dan dorongan. Alhamdulillah berkat pertolongan dan keizinan Allah, aku masih mampu berdiri dalam sehingga ke saat ini. Pagi ini abang aku,faiz akan pulang ke amerika semula untuk menyambung perjuangannya. Ramai sedaraku bertanya, "kamu bila pula nak fly???,"..huh! Hanya ucapan Insyaallah mampu diucap. Dalam hati berazam ingin lebihkan usaha. Walaupun diri masih belum sepenuhnya bersedia untuk berjuang bermati-matian.

Rakan yang dikasihi,
Malam tadi aku sempat berjemaah maghrib,solat hajat dan baca yasin serta solat isyak dengan keluarga. Terasa lain dari yang lain. Sempena abangku yang fly, kami doakan keselamatan dan kejayaan kepada beliau. Nak cerita, malam tadi ayahku berbicara setelah sekian lama aku tidak mendapat makanan rohani dari insan mulia. Begitu tersentuh. Pesanan beliau cukup terkesan. Baru aku terasa betapa untungnya mendapat seorang ayah yang begitu memahami anaknya..Antara pengajaran yang aku tidak akan lupa ialah sentiasa membaca surah yasin dan waqiah di mana2 pon,jangan tinggal solat hajat dan istikarah tiap2 hari..(bukan time nak kawin jer),jgn lupa amalkan yasin yang sepatutnya dihafal ketika kesusahan dan kesenangan, sentiasa lihat pengajaran disebalik kejadian, dan wajibkan bagi diri solat malam. Jika kita ditimpa kegagalan, kita kena reflek balik apa yang telah kita lakukan. Mungkin ada hutang dengan Allah. Mungkin tidak cukup ikhlas. Mungkin ada sebab2 lain. Jika ditimpa kesenangan, Allah jua ingin menguji kita. Alhamdulillah, bermula saat ini, aku cuba untuk bermujahadah dalam kerendahan hati di hadapan Allah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Rakan yang dicintai sekalian,
Semalam jua aku menziarahi sahabatku di area senawang. Beliau akan melanjutkan pelajaran di Mesir. Betapa tenangnya aku bilamana melihat wajahnya. Apatah lagi berbicara dengannya. Seorang hafiz al-quran. Cukup teratur kata-katanya. Yang bestnya dapat borak lama dengan dia. Bersyukur. Banyak jua perkara dibincangkan. Sempat solat berjemaah asar bersama-sama di rumahnya. Perh.Feeling abis. Bestnya berteman dengan orang soleh. Akhir sekali, bila aku nak berangkat pulang ke kolej semula, aku memohon nasihat berupa amalan atau tazkirah yang boleh mengisi jiwa ku yang semakin kekosongan. Dia mengajar aku satu amalan mudah. Bacalah istighfar 100 kali sebelum subuh. Alhamdulillah.terima kasih nafiq atas nasihat itu. Akan mula kuamalkan.

Setelah ku meneliti segala yang berlaku, aku sedar Allah masih sayangkan aku. Nasihat yang datang betul-betul memberi kesan agar diri ini lebih baik dari sebelum ini. Kalau di sekolah dulu, sebagai pemimpin badan islam mampu memberi contoh yang baik pada adik2, ujian sebenar datang selepas hidup di dunia sebenar.

Kepada pembaca, doakan diri penulis sentiasa dalam kebenaranNya dan kefahaman Islam yang sebenar jesteru menjadi hamba yang taat kepada Allah demi membangun ummah yang mulia ini. Alhamdulillah baru kini ke tersentak bahawa aku bukan seorang.

"HARITH, YOU ARE NOT ALONE"

7 comments:

Anonymous said...

yes.. u r not alone aris... ;P

aisyah ismail ♥ said...

you are never alone!~

barakAllahufik harith..

Allahumma balighna ramadhan

andai diberi kesempatan bertemu dgn ramadhan.. bersama tingkatkan ketaqwaan.. mudah2 an.. akan terus kuat.. terus bersemangat.. terus thabat atas jalan ini!~

(^_^)

http://aisyaumayra.blogspot.com

nasyiq al_esfahani said...

salam sahabat...
rafiqil habib,
xsumenyh indah dlm hdup kite...
sdgkan diri ini pn bnyk nistany...
manakn pule nta yg b'hutang dgn ALLAH???
kuatkn smngat m'harungi khidupan...
ssngguhnya dlm stiap kpahitn de kman isn...
trime ksh ats kata2 hikmah td...
i believe also,i'm not alone...

Harithmkt90 said...

Salam...kepada anonymous, tq.Kepada kak aisyah, mudahan2 dapat bertemu ramadan ini..sekiranya ramada ini terakhir, biarlah ramadan ini yang terbaik..kepda syafiq,terima kasih sahabat atas kata2 peransang..mudah2an iman sentiasa bertambah,amal mengiringi dan Allah meredai.

Syahidah Sith said...

salam.

you should be grateful sebab ade org bg tunjuk ajar taw! :)

harith, nothing impossible.
kite blaja betol2 & biar sume org dpt fly same2.

pelangi said...

great harith!!!..i feel the same way.. even through mobile phone.. thanks madihah..i feel disappointed becoz im not there with them.. do u know..its quite touch my heart when i heard his voice with full of strength giving tazkirah.. feel released..alhamdulillah.. Allah always love us unless we run away from HIm.. i m not alone..i trust HIM!!..salam

Harithmkt90 said...

kepada syahidah....insyaallah fly sama2..
kepada akak tersayang...
Semua manusia merasa keseorang bila dia jauh dari Allah..Insyallah...jaga hubungan dengan Allah, Dia jaga hubungan kita dengan semua lebih2 lagi family kita...aminn..