Salam..........
Friday, March 13, 2009
Suka dan Duka dalam Doa
Alhamdulillah dapat jua menjejakkan kaki ke rumah buat sekian waktu terperap di bilik B003 dek menjalani hidup sebagai pelajar kolej. Kekangan yang berlaku akibat panahan-panahan program yang berterusan terhadap diari hidup terpaksa dibiarkan tertulis tanpa mampu disirna. Sebaik sahaja sampai di rumah, terpaksa membuka internet untuk menyiapkan beberapa tugasan yang dikehendaki oleh pihak yang berwajib. Masakan masa itu emas. Harus diguna sebaik-baiknya. Bagiku, cuti ini tidak lah dapat dikategorikan sebagai cuti. Kerana mengikut tentatif hidup selama seminggu ini, aku merelakan diri untuk menyelesaikan beberapa keperluan yang tertangguh. Daripada niat terpaksa baik kita ikhlaskan kerana Allah betul tak??? at least dapat pahala...Insyaallah..Kenapa tajuk di atas menjadi topik hangat aku kali ini??huhu..Secara jelas ingin kukongsikan beberapa perkara yang berkait rapat dengan hidup aku..Pertama, buat pertama kali aku diajak untuk menyampaikan forum sempena Majlis Penangguhan Usrah di kolej aku. Mana tak nyer..Sukar dipercayai untuk duduk berforum di atas pentas sambil dilihat oleh ribuan mata manusia. Belum campur makhluk gaib lagi.
Aduh..tetapi alhamdulillah berkat mjahadah untuk mengikhlaskan diri untuk memberi ucapan, aku dapat laksanakan sekalipun hambar. Satu pengalaman bagiku. Selepas dari itu, aku bersyukur dan memohon agar aku diberi kekuatan untuk mengamalkan segala yang ku sampaikan. Amat celakalah aku jika aku tak buat apa yang aku katakan. Menelusuri hidup dalam medan nadwah islamiah peringkat kolej mara pula, aku telah diamanahkan untuk menjadi peserta dan melibatkan diri secara lansung dalam pertandingan nasyid. huhu..Amat bergaya pada mulanya, namun agak hambar pabila harmoni tidak dapat dicapai.Namun kami keluarga nasyid kms telah berhalaqah sambil mengingatkan setiap peserta bahawa kita berusaha tetapi Allah yag menentukan. hakikat kehidupan penu dengan ujian kerana hidup ini adalah ujian untuk mematangkan kita. Jangan lemah hadapai kegagalan. Kegagalan bukanlah satu perkara yang tetap. Namun segalanya terletak kepada usaha dan kebergantungan kita secara total kepada Allah kerana Dia yang mengetahui tiap2 sesuatu. Kami gagal untuk mendapat tempat berhadiah namun bagi ku itulah satu tarbiah yang cukup berguna dalam diriku.
Satu tazkirah yang aku cukup terkesan dalam satu forum palestin yang diadakan di kolej ketika itu iaitu pabila butiran mutiara yang keluar daripada seorang murabbi yang cacat penglihatan akibat didera oleh barat didalam penjara yang mana kini menjadi murabbi kepada ratusan manusia di Indonesia(tak silap). Beliau berpesan
1. Bertaqwalah kepada Allah 2. Ikhlaskan segala amalanmu 3. Yakinlah satu ketika nanti kamu akan dipersoalkan tentang apa yang telah kamu lakukan terhadap palestin.
Bertakung air mataku merasai ruh mutiara itu. Walaupun kita dengar selalu dalam khutbah jumaat, namun pada hakikatnya bila perkataan itu keluar daripada seorang yang cukup kuat dalam berjuang, frasanya mampu mengubah hati insan-insan yang lalai pada hari ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan beliau.
Sejarah lepas sudah kuceritakan, banyak suka dan dukanya. Namun Allah benar-benar mengetahui kekuatan hambanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama-sama denganku. Malam esok aku bakal menerbangkan diri ke pulau pinang kerana mengiringi adik-adik comel berkursus disana. Walaupun terasa berat untuk pergi, namun direlakan jua semata-mata untuk mengenali ramai lagi manusia hebat di luar sana bagi dijadikan contoh untuk diikuti dan menyumbang untuk islam. Aku mungkin akan berada di sana selama 4 hari dan balik di sini semula pada hari selasa atau rabu. Kemudian, teruskan dengan kertas kerja berkaitan munakahat sebagaimana yang telah ditugaskan oleh Ust jamir. Tambahan lagi perlu mencari contoh2 design kad bagi guru-guru KMS yang kacak dan cantik sebagai penghargaan sempena hari jadi mereka.(kerja Guidance club). Dan yang terakhir sekali mungkin menguruskan program nuqaba' kms di PD seminggu selepasa cuti.huh!! Pastinya cuti yang amat padat sekali. Aku teringat firman Allah. Carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat yang banyak membantu hambanya ialah solat tahajjud. Jesteru, sahabiah sekalian, doakan ku supaya thabat dan istiqamah dalam menegakkan agama Allah. Hanya Allah dalam doa yang mampu ku jadikan kekasih dikala kesusahan penawar dikala kesakitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam..aikh? dah rugged skarang..Macam dah hilang imej Sdarian? Hehe..Gurau jer. take care Harith
Salam..ntah.mungkin penlaian cg selaku antara yang memahami .Saya terima cg..hehe.antara nikmat yang masih didahagai ialah teguran dan nasihat dari semua orang agar kita berubah.mohon komen lagi sekiranya ada yang perlu diubah.Insyaallah.Moga cg thabat dalam hidup.
kehkehkeh pakai spek skang? yela mata yg byk menangis kerana takutkan Allah huhuhu.. Aku skang dah tak sebaik dulu.. huhuhu
-moja 037
mana ada..dosa banyak lagi..tak macam al-fadhil imam al-moja..
Post a Comment