Salam..........





Sunday, March 8, 2009

Merungkai Persoalan Kehidupan!!!!

Melihat kepada keadaan dan realiti manusia hari ini. Timbul banyak persoalan yang aku tidak dapat nafikan ramai antara kita pernah terdetik untuk memikirkan perkara yang serupa. Kita hidup kenapa?apa matlamat utama satu kehidupan sementara?Kenapa manusia tidak mampu menggunakan setiap peluang yang ada untuk perkara kebaikan?bukankah melakukan sesuatu kebaikan itu suatu yang mudah? kenapa perlunya kepada kesibukan yang tidak bertempat? kenapa manusia tidak mampu membuat keputusan ikut keutamaan sebagaimana yang termaktub dalam islam?kenapa manusia masih menyibukkan diri dengan perkara yang melalaikan sedangkan umur dunia tidak panjang? Aku cukup takut melihat kepada hari pembalasan yang diceritakan dalam al-quran. Bukankah umat islam diiktiraf sebagaimana umat yang terbaik kerana mereka mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan?kenapa masih manusia tidak belajar dari sejarah islam terdahulu?kenapa mereka tidak mempercayai kata-kata nabi bahawa orang yang paling bijaksana ialah mereka yang paling banyak mengingati mati?Kadang-kadang terasa sedih di hati. Tambah lagi amanah yang datang bertimpa-timpa.Ditambah mehnah kehidupan yang semua manusia hadapi.
Melihat kepada waqi' hari ini, ramai antara kita sibuk dengan benda yang tidak memberi manfaat kepada islam. Sebab itu, ada seorang ustaz pernah berpesan bahawa hari ini masalah umat islam bukan lagi kejahilan tetapi kekeliruan dengan kefahaman tentang kebenaran. Kerana itu, kita perlu sentiasa berdoa mohon diberikan kefahaman yang sebenar tentang islam. Hakikatnya hari ini ramai yang tahu Allah itu tuhan tetapi kebanyakan manusia tidak mengenali Allah. Atas dasar itu ramai antara manusia masih senang melakukan kemungkaran malah menyebarkan propagada kejahatan mereka kepada kawan-kawannya. Persoalan di sini. Adakah kita hendak menjadi golongan mereka yang mengajak orang kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran atau golongan sebaliknya. Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku sekalian, kenapa berdakwah itu pahit?kenapa perlu dicerca dan dihina oleh masyarakat?kenapa perlu sentiasa menangis dan berdoa memohon kekuatan kepada Allah dalam menempuh kepahitan berdakwah?

JAWAPANNYA IALAH KERANA SYURGA ITU MANIS.

2 comments:

suara saudara said...

Assalamualaikum,
Saudara, segala persoalan yang timbul jawapannya ada pada saudara.Telah Allah s.w.t. beri amanah pada saudara dan para daie yang lain untuk mengalas tanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan Islam.Selamat Berjuang..

Harithmkt90 said...

Syukran ya akh .insyaallah..teruskan perjuangan.