Salam..........





Sunday, March 22, 2009

Sedikit Cebisan Pengalaman..


Salam dari diri yang dhaif ini. Pertemuan kali ini bakal disulami dengan pengalamanku selama beberapa hari di suatu tempat indah iaitu Pulau Pinang.huhu. Bermula dari hari sabtu hingga selasa, aku bermusafir ke pulau pinang kerana terlibat secara tidak langsung sebagai pengiring kepada peserta negeri sembilan dan melaka seramai 5 orang. 2 perempuan dan 3 lelaki. Untuk pengetahuan kamu semua, program ini adalah program anjuran Kelab Remaja JIM Pulau Pinang yang berunsurkan motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 5. Aku tidak semena-mena dipilih untuk menjadi pengiring. Kedua termuda antara pengiring yang hadir.haha. Namun bukan itu yang menjadi isu utama akhbar wihdatul fikr wa qalb pada kali ini.

Jom kita mengembara. Aku dan para peserta berkumpul seawal jam sepuluh setengah malam sebelum bertolak ke pulaup pinang. Kontinjen ketiadaan pengiring kerana ramai antara mereka terlibat dengan program di tempat masing-masing. Jadi aku menjadi tempat diiring untuk mereka(betul ke ayat ni). Selepas mendapat taklimat dan doa, kami mula melayari bahtera bas express sebaik jarum pendek mencecah angka sebelas.Perjalanan yang mengambil masa dalam 5 jam amat memenatkan. Sesampainya di sana kami disambut oleh seorang wakil JIM pulau pinang. Diajaknya kami berehat sebelum masuknya waktu subuh di surau perhentian bas Sungai Nibong. Kami diarakan untuk menunggu ramai lagi peserta dari johor, kelantan,terengganu dan lain-lain sebelum menaiki bas ke tempat program.
Pemandangan di awal subuh..

Sejurus selepas kesemuanya berkumpul, kami terus menaiki bas ke kawasan program. Memang mencabar. Lorong hendak ke Balik Pulau memang cukup sukar. Lorong seperti di bukit putus namun lebih kecil. Hanya memuatkan satu bas untuk lalu. Terpaksa jalan satu hala dibuka pada satu-satu masa sebelum kenderaan dari arah lain bergerak masuk. Bersebelahan bukit.Kami bersyukur selamat sampai di Masjid Balik Pulau.

Dalam perjalanan ke tempat program...

Program perasmian dimulakan tidak berapa lama kami sampai di destinasi. Sejurus selepas perasmian, modul ice-breaking dikuatkuasakan. haha. Memang cukup menarik di bawah panas terik api yang membakar. Melihat kelibat adik-adik yang cukup menggelikan hati. Kena buat kumpulan kecil, berlari sambil memegang tisu antara satu sama lain tanpa putus dan sebagainya.
Aktiviti ini dan disusuli dengan minum pagi. Letih. Penat badan duk bawah matahargi. Bahasa pineng no.haha. Dalam seharian pertama, para peserta mendapat modul teori belajar secara teori dan praktikal dari 2 orang pensyarah dari USM pulau pinang. Ternyata amat berkesan bagi diri pengiring jua yang tumpang sekaki duk belakang no. Motivasinya cukup bermotivasi.haha.Baguih la bak kata orang pineng. Ceramah teori belajar melalui peta minda

Ceramah teori belajar....

Waktu malam kami disajikan dengan forum yang disampaikan oleh abang dan akak
KARISMA. Duk cerita pasal motivasi juga no. Cukup menghiburkan gaya pemberian serta susunan isi yang mantap. Menyegarkan mata yang layu dan otak yang kehausan oksigen.
Tapi nak tau. Mak cik Latifah Bee merangkap Pengarah program ini cukup memahami jiwa remaja yang sukakan aktiviti yang menyeronokkan di luar kawasan tertutup. Jadi keesokan hari selepas berqiamullail dan solat subuh, para peserta digegaskan ke bahagian luar masjid untuk seisi senaman pagi. Han nak tau, dia punya senaman x macam yang hok kita selalu buat tu no. Dikendalikan oleh seorang tentera yang berpangkat mejar. huh. Memang melasakkan tidak kira lelaki mahupun perempuan. Pada awalnya mereka berkawad kaki(benda paling benci dalam hidup dan selamat tidak terlibat). Kemudian berlari mengelilingi kawasan luar masjid,pumping(betul ke ejaannya),mengangkat kawan dari suatu kawasan ke satu tempat yang lain dengan syarat-syarat tertentu dan macam-macam lagi. Selesai, kami minum pagi dan bersedia untuk aktiviti seterusnya.Yang ini antara yang menyeronokkan kami. Kami dibawa mengelilingi Pulau Pinang. Destinasi pertama di USM pulau pinang. mendengar ceramah daripada Syeikh Abdul Hassan.

On da way ke USM dalam bas..
Tempat ceramah Syeikh Hassan
Aku bersama Syeikh Abdul Hassan

Seterusnya dibawa mengelilingi USM. Pertama kali meneroka USM, pemandangannya cukup indah. Aku selitkan beberapa gambar untuk dilihat. Kemudian kami bergerak ke masjid terapung. Allahuakbar. Tidak terbayang keindahan ciptaan Allah bila duduk di atas masjid yang dikelilingi air yang dalam.



Dipendekkan cerita, kami menjalani beberapa banyak aktiviti berunsur motivasi dan permainan. Antaranya pada waktu petang hari kedua di sana, para peserta diwajibkan untuk mnyertai pertandingan explorace. Yang tidak dapat dilupakan pasti ada satu checkpoint yang akan ada aktiviti kasih sayang. hehe.Belum pernah tinggal dalam kebanyakan aktiviti yang dirancang. Kebetulan pihak krj p.pinang meminta bantuan pengiring untuk menjadi feisi checkpoint tertentu. Kalu nak tau slot kasih sayang tu la slot yang aku handle. Di bawah ini gambar permainan itu.
Bergelak ketawalah mereka. Ada hikmah di sebalik aktiviti itu.Hehe. Malam itu kami disajikan dengan pengisian rohani daripada seorang pensyarah hebat dari pusat falak pulau pinang. Tarbiah melalui konsep kejadiann alam.Cukup menginsafkan. Antara petikan ucapannya, matahari ini sebenarnya mengembang. Jadi terfikir akan ketika di padang mashsyar yang diriwayatkan matahari sejengkal atas kepala. Mungkin kajian itu benar.Nauzubillahiminzalik.
Pertandingan explorace..(kasih sayang)hehe
Ceramah Kebesaran Tuhan melalui kejadian alam

Hari terakhir adalah hari yang paling menyeronokkan kerana ada dua slot motivasi diberikan oleh dua orang yang terkenal. Antaranya Abang Hafiz dan Dr. Danial Zainal Abidin(Penulis buku Quran Saintifik). Begitu bersemangat mendengar kedua-dua slot berkenaan. Perincian tentang matlamat hidup dan bagaimana menghadapi cabaran masa kini selaku seorang pelajar dan muslim.Selesai slot itu, majlis penutup dijalankan dan dirasmikan penutupan oleh Setiausaha JIM Pusat Pulau Pinang. Kami makan tengahari di masjid sebelum berangkat pulang ke Seremban. Sempat singgah di Quensbay Mall berjalan-jalan kerana waktu menaiki bas masi panjang. Sambil merenung segala yang berlaku, ditanamkan beberapa azam sebaik berada di atas jambatan pulau pinang agar pulang dengan perubahan ke arah yang lebih baik.Insyaallah.
Aku dan Dr.Danial Zainal Abidin
Talk Abang Bai

Kontinjen Negeri Sembilan(aku,fattah,akram)

Mudah-mudahan ilmu dan pengalaman ini menjadikan aku lebi matang pada masa akan datang.Insyaallah.Kepada semua peserta Excell, Selamat maju jaya di tempat masing. All da Best in Your SPM.

4 comments:

Un Phat Lee said...

syok2...ak mau ikut jgk.haha

[sakuradila] said...

alhamdulilah..
dapat timba pengalaman cmtu..
best...

Aezza Khuratuain said...

rindunya suasana USM..Universiti dalam Taman. walaupun hanya sebulan, namun ukhwah yang dijalinkan terasa amat erat..

Harithmkt90 said...

Salam..kepada un..INsyaallah sekiranya ada program sbegini lagi.aku akan inform..kepada sakuradila, pengalaman ini adalah ahanya pengalaman yang sedikit.namun yang penting ilmu yang diperoleh.kepada kehidupan, masa tidak menentukan keeratan sesuatu pegangan.Sekiranya kita datang dengan cara yang betul..insyaallah masa tidak akan jadi penentu ukhuwah seseorang.