Salam..........
Monday, December 29, 2008
Israel!!!! Nantikan balasan dari Allah..............
Isnin,29/12/2008 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.
Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.
Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata.
Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera.
Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx
Saudaraku yang ku sayang,
Daku cukup terkilan dengan peristiwa tergempar ini. Kadang-kadang terasa hendak terus ke sana bagi membantu mereka, namun apakan daya. Aku rasa begitu benci kepada kebinatangan Israel yang semakin membuak-buak sifat buruknya itu. Dapat kita lihat bahawa Israel memang benar-benar tidak makan dengan baaya yang akan menimpa mereka.
Wahai sahabat seislam dan seakidahku sekalian,
Mereka di sana amat memerlukan kekuatan dari kita sebagai saudaranya.Cukuplah tangisan yang mereka terpaksa banjirkan akibat kesengsaraan yang dihadapi. Jesteru marilah kita sama-sama berdoa dengan bersungguh-sungguh agar Allah menyelamatkan umat islam di sana dan mudah-mudahan Israel akan dapat ditamatkan dan dilenyapkan kehadirannya di muka bumi ini.Insyaallah.
Sama-sama kita berdoa untuk mereka.Allahuakbar!!!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Allahumma...
Ihzimhum wansurna 'alayhim
Post a Comment