Salam..........
Monday, December 22, 2008
Program Jalinan Ukhuwwah
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran daku hadapkan kepada Tuan punya Alam atas limpah dan kurnia Ilahi atas bantuan serta pertolongan dariNya PROGRAM JALINAN UKHUWAH dapat juga dilaksanakan bagi seisi 2008. Ribuan terima kasih juga ana nukilkan kepada pihak YIH dan JAKIM atas pertolongan mereka dari beberapa aspek yang penting dalam menjayakan pju ini.
Sesungguhnya program ini banyak mengajar ana tentang kehidupan. Kadang-kadang ada tertekan,gembira, dan macam-macam perasaan lagi.Namun itu bukanlah perkara utama. Yang paling utama adalah pengajaran dalam setiap program yang dijalankan. Satu perkara yang ana nak kongsikan disini bersama para pembaca sekalian.
Satu ketika ana sedang dalam perjalanan pulang, ana berbual dengan seorang peserta yang juga merupakan 'junior' ana di sdar kini. Dia ada menyebut bahawa kadang-kadang pergaduhan dan perselisihan boleh merapatkan lagi ukhuwah antara kita. Bukan bermaksud ana nak menggalakkan pergaduhan. Tapi bila flashback ketika pju. Baru-baru ini, ada satu ketika saya rasa cukup tegang. Hati rasa panas membara. Tapi bila fikir dalam-dalam dan memperbanyak istighfar ada sesuatu yang Allah siratkan dari diri ana.
Rupa-rupanya pada keesokan hari, barulah terasa satu perasaan yakni ikatan ukhuwah yang cukup erat selepas proses bermaaf-maafan dan perpisahan.Baru terasa kerinduan yang cukup mendalam kepada sahabat-sahabat ana. Baru teringat akan kekuasaan Allah yang maha agung. Dia seolah-olah mengerti bahawa niat kita untuk memupuk ukhuwwah sejajar dengan misi program ini dijalankan. Ada hikmah di sebalik pergaduhan.Ada hikmah di sebalik perselisihan. Akhirnya ukhuwah itu dapat terjalin. Barangkali kita sahaja yang tidak sedar. Sesungguhnya setiap manusia melakukan kesipan dan kesilapan itu ditutup melalui teguran dan nasihat dari rakan-rakan yang mana selari dengan penciptaan manusia yang hidupnya saling lengkap-melengkapi.
Kini ana sedang berada di rumah dan mengimbau balik segala cacat cela yang telah ana lakukan sepanjang program ini. Sebagai ajk unit modul dan latihan, banyak perkara yang ana belajar kerana kebanyakan kesilapan datang dari diri ana. Ana rasa sememangnya ana terima kecacatan ini atas kelalaian diri sendiri. Bila dimuhasabah semula, taklifan ini sememangnya cukup besar untuk dilaksanakan.Tambahan lagi bilamana penggerak yang utama hanya berada dalam kelompok yang sedikit. Namun ana akan jadikan ini sebagai satu pengajaran pada masa depan.
Berbalik kepada niat dan tujuan, ana rasa bagi diri ana, matlamat untuk menjalinkan ukhuwwah sudah tercapai. Namun bagi diri sahabat yang lain ana harap juga turut tercapai. Ana sedar segala kelemahan yang berlaku. Dan ana harap pada masa akan datang sekiranya masih bernafas dan diizinkan Allah, ana akan buat lebih baik dan lebih tersusun berbanding sebelum ini.
Kepada sahabat-sahabat yang turut serta dalam memperjuangkan matlamat pju serta para peserta yang sudi hadir, jutaan kemaafan ana pohon atas segala kekurangan dan kesilapan. Tatkala diri ini tidak bernyawa sudah, maka tidak berguna lagi pengajaran dan kesilapan melainkan hanya amalan yang ikhlas akan membantu untuk ke pintu kebaikan. Ana benar-benar mengharapkan agar Allah sentiasa menerima dan membantu ana dan sahabat-sahabat sekalian dalam memperjuangkan islam.Allahuakbar3!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
selamat berjuang saudara ku...harith
Salam akh, mabruk alaik atas kejayaan penganjuran PJU. Bakat, komitmen dan jasa anta sangat besar. Jazakallah khairal jazak. Semoga ditetapkan kita dalam perjuangan dan ketaatan kepada ALLAH s.w.t.
Ana menantikan agar draf PJU 4 dapat dimulakan. Amin. Kita serapkan tenaga muda dan junior kita dalam APIS.
draft PJU 4??erkkk..
ok2..harith as PENGARAH PJU 4.ana pun nantikan agar dimulakan asap.syukran jazilan atas bantuan yg tak bertepi sepanjang PJU 3
InsyaAllah,kita serahkan ia pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.Ana yakin dengan plihan Allah :)
mabruk..perbaiki apa yang patut..moga pju akan datang lbeh baek lagi..insyaAllah
Post a Comment