Marilah sama-sama kita merasa kerdil dan menenangkan diri dengan mendengar alunan kalam Allah oleh seorang pemuda cilik di permulaan detik tahun baru kita. Sesungguhnya hati kita akan merasa tenang dengan mendengar ayat Allah.Hal ini kerana roh kita sebenarnya memang dekat dengan Tuhan. Oleh sebab itu, jikalau kita rasa kita tenang mendengar lagu selain dari Al-Quran seperti berunsur 'rock', ketahuilah sebenarnya roh kita sengsara kerana dibawa jauh dari pencipta yakni Allah. Bak kata sahabat ana, benarlah Al-Quran ini diturunkan oleh Allah. Jika tidak masakan tenang hati seseorang mendengar kalam Allah..Subhanallah..Moga Allah sentiasa memandu kita dengan sentiasa mendekatkan kita dengan Al-Quran. Insyaallah..
2 comments:
rajin2 la post
pasal konsep islam yg sangt luas. smoga sama2 d berkatiNYA
Insya ALLAH, kita akan terus tetap memperjuangkan APIS sebagai pertubuhan Islam dan persatuan bekas pelajar SBP berdasarkan syari’at Islam yang haq. Kita memerlukan keikhlasan dan kebenaran yang tulen, kesungguhan untuk bekerja sebagai satu jemaah, sentiasa bersedia untuk belajar mempertingkatkan pencapaian dan kemampuan (al-islah) dan memperbetulkan kesilapan serta membaiki kelemahan, secara berterusan (al-istiqomah). Kita menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah kita dalam setiap aspek perjuangan yang komprehensif (syumul). Usah rasa lemah dalam perjuangan ini. Kekuatan itu hanya datang daripada ALLAH s.w.t. Masa kian tiada, pergunakan sepenuhnya masa di dunia ini dalam mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat yang kekal. Penyesalan pada hari qiamat kelak adalah penyesalan yang terlalu dahsyat akibat tidak mempergunakan SEPENUHNYA kehidupan dunia untuk ‘ubudiyyah kepada-Nya. Hadirkan zouq dan khusyu’ dalam perjuangan melalui wasilah APIS ini, kerana kita sentiasa mengharapkan setiap daripadanya diberikan kepada Islam dan diterima ALLAH s.w.t.. Ayuh, maju ke hadapan! Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita.
Iltizam Bersama Islam.
Post a Comment