Salam..........





Thursday, September 9, 2010

Selamat Berhari Raya

Kepada semua pengunjung setia mahupun tidak wihdatul fikr wa qalb ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya sera mohon maaf silap dan salah yang sengaja mahupun tidak, yang sedar mahupun tak, ada menipu secara sengaja atau tak, atau goreng ayat secara sedar ataupun tak dan sebagainya. Kepada mereka yang mengunjungi blog ini selain saya, sampaikan salam saya pada ibu dan ayah yang masih hidup. Semoga kita bertemu di lain rancangan atau lembaran. Sama2 muhasabah ramadan kita dan seterusnya semoga berjaya mengharungi kehidupan selama 11 bulan dengan izi Allah. Insyaallah.

Tuesday, August 24, 2010

Pengalaman Tak Terucap.....

Hari pertama ibarat orang yang baru sahaja berlari 550 kilometer. Penatnya hari pertama mengajar sehingga terdetik bila la nak abis mengajar. Maklumlah cikgu sementara baru. Kena dengan budak darjah 2 dan 3. aduh...hehe. Namun begitu, keletihan bertukar kegembiraan bilamana hati dan jiwa mula serasi dengan keadaan sekeliling. Demikianlah apa yang dirasai oleh guru-guru saya dulu kot ketika saya masih nakal. Sekarang pun nakal jugak.hehe. Mudahan pengalaman mengajar ini memberi sedikit manfaat dari sudut interaksi dengan anak-anak di masa hadapan. Walaupun gaji guru tak selumayan guru di SDAR dan KMS, hehe, tetapi jauh lebih besar dari itu, satu pengalaman yang menjadi guru kepada saya pada masa hadapan. Kepada guru di SDAR dan KMS juga pada yang tidak tertulis, hehe, terima kasih. Dengan izin Allah saya berjaya setapak demi setapak menuju keredaan Allah.
Kepada kawan-kawan yang masih belum berpengalaman mengajar, saya syorkan untuk mencari peluang mengajar di sekolah-sekolah. Best. Tidak terungkap dengan perangai budak2 yang bermacam jenis. Semoga pengalaman ini ditambah dengan jualan kerepek, minyak kelapa dara, telekung, dan sebagainya menjadi titik permulaan kepada kejayaan akan datang.Insyaallah.hehe.apalah yang mengarut ni haris....hahahah

Saturday, July 17, 2010

Perselisihan, Pergaduhan Membawa kepada Perpecahan



Uploaded with ImageShack.us

Sedih.sedih.sedih......namun segalanya perlukan perubahan. Dunia hari ini tidak terlepas daripada pergaduhan dan perselisihan sekalipun di malaysia. Apa yang menyedihkan, adalah masyarakat hari ini kebanyakan sudah hilang prioriti. Mereka lebih suka menuding jari mengutuk jemaah itu jemaah ini sehingga ke tahap mengkafirkan orang itu orang ini ulama itu ulama ini. Keadaan ini bertambah dahsyat bilamana yang terlibat bukan lagi mereka yang tidak belajar agama, tetapi lebih kuat dan paling lantang adalah tokoh agama sendiri. Di manakah letaknya ciri-ciri taqwa dan menghormati dalam islam. Bukankah ciri-ciri mukmin itu saling menghormati antara jemaah dengan jemaah yang lain. Hari ini manusia tidak lebih daripada menuding jari kepada orang lain sedangkan keutamaan haru sdi berikan pada diri sendiri baru orang lain. Apa yang saya nak tekankan marilah sama-sama kita bantu mereka yang di luar sana yang tidak mengenal islam, tidak pernah kenal nabi, malah ada juga tidak pernah mengenal Allah dan tidak solat. Jauh daripada landasan islam apatah lagi iman. Mereka hanya mengenal kaliamah syahadah di bibir tetapi tidak pernah mengenal tuntutannya. Allahuakbar. Marilah sama-sama kita fokuskan kepada diri dan masyarakat luar dan elakkanlah daripada terlibat dengan pertelingkahan. Bukan mudah nak mengajak orang kepada mengubah pendiriannya. Dan cara kekerasan bukanlah cara utama di negara kita sebagaimana di palestin. MOga Allah memberi kita hidayah dan seterusnya berdakwah kepada yang haq, menjauhi yang batil.

Wallauhu'lam

Wednesday, June 30, 2010

Sedikit Perkongsian Bertemu Professor Di UPM






Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYa dapat juga saya diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Professor Wan Mahmood di UPM. Berkenderaan kancil saya mengerahkan tenaga untuk bertemu dengan beliau kerana tujuan tertentu. Professor ini merupakan seorang yang telah membuat kajian yang mendalam dalam pembuatan minyak kelapa dara yang diberi nama 'Anavico Oil' seperti yang tertera di sebelah laman blog ini. Beliau merupakan seorang yang amat kritis pemikirannya dan berpengetahuan luas.

Jadi apa yang hendak saya kongsikan disini di sebalik pertemuan yang ringkas antara kami adalah dalam berniaga :

Pertamanya perlu memahami konsep penyerahan diri secara mutlak kepada Allah yang akan menjadikan sesuatu itu berlaku. Contoh; hari ini ramai antara masyarakat menjalankan perniagaan berasaskan berbagai-bagai jenis produk samada mahal ataupun murah. Ada yang jual sabun untuk membersihkan kulit, jual lotion untuk mengelakkan radiasi uv, dan sebagainya. Namun di sebalik itu kita harus melihat apakah sebenarnya sebab utama berlakunya sesuatu itu. Segalanya adalah datangnya daripada Allah dan hanya senya Dia saja lah yang berhak menentukan segalanya.Ubat produk adalah ikhtiar semata-mata sebagaimana Allah menuntut kita agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu sebagai suatu sunnatullah tetapi ramai antara manusia hari ini terlupa untuk mengingatkan diri bahawa segala hasilnya datang daripada Allah. Bahkan diri kita ini sendiri adalah milik Allah seperti yang diterangkan firmanNya:

"Kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Mereka itulah yang akan mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"- Al-Baqarah:155-156

Jesteru, dalam berniaga, sama-sama kita ingatkan pengguna tidak kira apa jua barang yang diperniagakan sebagai contoh sabun agar mengingatkan bahawa sabun hanyalah sabun tapi sabun boleh mencerahkan wajah dan membersihkan kotoran di badan dengan izin Allah.

Keduanya ialah kita perlu yakin bahawa Allah lebih dan Maha Mengetahui berbanding diri kita sendiri. Dia tahu apa yang baik untuk kita dan apa yang tidak. Kadangkala apa yang nampak baik pada kita tidak nampak baik pada Allah dan juga sebaliknya sebagaimana firman Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. sesungguhnya Allah mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui"-al-Baqarah:216

Oleh sebab itu, kadangkala pelanggan yang tidak mendapatkan hasil yang memuaskan dan pada masa yang sama orang lain mendapat hasil yang memuaskan perlu bermuhasabah diri bahawa tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Bukan semata-mata pelanggan tidak mendapat hasil yang memuaskan kerana masalah produk tetapi masalah sejauh mana dia yakin dengan Allah yang akan memberi hasil yang memuaskan dalam menggunakan produk itu.Sentiasa bersangka baik dan jangan berputus asa kerana berputus asa adalah sifat orang yang kafir.

Ketiganya ialah keutamaan fokus dalam menggunakan sesuatu produk. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa minyak kelapa dara bermanfaat dalam mengatasi masalah kulit muka. Jadi, apabila kita menyapunya, mulakanlah dengan kalimah yang mulia bismillah atau mana-mana ayat quran atau doa yang diajarkan nabi kepada ummahnya dan pada masa yang sama fokuskan pemikiran pada kawasan kulit muka itu dengan harapan dan tawakal serta permohonan dari hati yang tulus ikhlas agar Allah mengatasi masalah kulit ini. Ini sesuai dengan firman Allah:

"Maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"-Insyirah:7-8

Segalanya adalah dari Allah. Syukur atas segala nikmat Allah adalah satu perkara yang perlu ada bagi setiap insan untuk menjadi hamba yang dikasihiNya.

Keempatnya dan terakhir, ialah berdoa. Membaca doa dan berdoa adalah sesuatu yang berbeza.Berdoa dalam erti kata yang sebenar adalah memohon dan meminta sesuatu dengan penuh takut dan harap sedangkan membaca doa boleh jadi membaca teks doa tanpa kehadiran hati yang kusyuk dan tidak bersungguh-sungguh. Berdoalah pada Allah selepas sudah berusaha. Janganlah yakin kepada usaha semata-mata kerana seandainya kita meyakini kepada usaha semata-mata, kita tidak ubah seperti orang kafir yang mempercayai bahawa usahalah yang memberi kejayaan kepada mereka. Jadi untuk mendapat kebun syurga kelak, benih yang kita tanam di dunia ini perlulah lebih baik dan berkualiti. Kita ada Allah tempat kita bergantung.Insyaallah.

Kesimpulannya di sini adalah apapun dan siapapun kita di alam ini, kita adalah hamba Allah. Apakah definisi hamba?Hamba ini tidak ada apa2. Dia dikuasai tuannya. Dan kita adalah hamba dan kita ada Allah sebagai tuan kita. Jesteru, mintalah pada Dia yang memiliki segalanya, nescaya akan dimakbulkan. Insyaallah.

MOHD HARITH BIN MOHAMAD KAMALUDIN
http://harithmkt90.blogspot.com/

Friday, June 25, 2010

Buku Terbaru

Akhlak Pelajar Cemerlang


Uploaded with ImageShack.us

Buku ini sebenarnya dedikasi seorang ayah kepada anak-anaknya(seluruh manusia yang bergelar anak)

Ini adalah lontaran rasa penulis

Buat tatapan bacaan anak-anak sekalian,
Buku ini bukan hasil pembacaan dalam perpustakaan,
Bukan juga tulisan bagi menunjukkan keilmuan,
Jauh sekali dari riya' ke atas sesama insan

Tetapi,
Dari lubuk hati ayahanda yang memerhatikan gelagat kalian,
Di tolak kerisauan yang menekan benak berterusan,
Ayahanda curahkan segala nasihat dan panduan,
Hanya semata ingin semata melihat anak-anak di hadapan,
Menjadi insan cemerlang dikasihi Tuhan.

Juga,
Ibubapa yang mempunyai perasaan,
Melihat gelagat anak yang menyentuh perasaan,
Tapi lidah kelu untuk memberi nasihat pedoman,
Hadiahkan buku ini buat anak sebagai tatapan,
Semoga dapat jawab soalan di hadapan Tuhan.


Jesteru, anda boleh milikinya dalam kadar yang segera insyaallah.Boleh rujuk seperti yang tertera di sideblog.


Wednesday, June 23, 2010

Thursday, June 3, 2010

Kafir realiti vs muslim ilusi

Salam...
Kafir realiti menentang islam ilusi...

Pembaca yang dikasihi Allah sekalian,
Hari ini kita digegarkan dengan beberapa siri ancaman dan pergolakan dalam dunia islam. Ulama berselisihan dengan ulama lain. Tokoh-tokoh terkemuka islam berdebat antara satu sama lain untuk mempertahankan hujah masing-masing terutama dalam perkara cabang sehingga ke tahap taasub pada sesetengah orang malah ada yang sampai mengkafirkan antara satu sama lain sedangkan pada hakikatnya mereka berpegang kepada akidah yang sama. Mana mungkin kita dapat mengalahkan musuh islam sedangkan dalam islam sendiri tidak berhimpun satu perpaduan yang pernah digondol oleh pemimpin perpaduan satu ketika dahulu oleh nabi kita Muhammad SAW.

Pembaca yang disayanggi sekalian,
Hari ini aku ingin sama2 membawa kita berfikir, kenapa umat islam hari ini masih belum mampu mengalahkan musuhnya. Banyak sungguh ayat Quran telah menerangkan kekejaman yahudi dan nasrani. Bagaimana sifat mereka. Bagaimana prinsip mereka. Hanya dengan satu ancaman yan berlaku di perairan, umat islam seluruh dunia mula panas dan mulalah melakukan pelbagai perkara untuk mengecam tindakan puak yahudi dan nasrani. Mereka suka melihat gelagat umat islam dalam keadaan sedemikian. Namun, disebalik kejadian itu, Al-Quran sejak beberapa kurun telah pun menjelaskan sifat mereka yang dari dahulu sehingga ke hari ini tidak akan berubah.Bahkan juga sifat orang yang beriman. Telah terang lagi bersuluh. Tidak diragukan umat islam dahulu adalah umat islam yang beriman kerana umat islam dahulu adalah umat islam yang beriman dan itulah realiti umat islam sebenar. Islam yang realiti berdepan dengan kafir realiti, maka Allah memenangkan mereka atas orang2 yang kafir dalam segala sudut kehidupan.

Pembaca yang dikasihi sekalian,
Namun apa yang hendak disertkan dalam mesej ini, adakah muslim pada hari adalah muslim realiti atau sekadar ilusi?tidak perlu jauh kita lihat malaysia.kita akan dapat menilai.Bagaimana muslim yang pada hari ni ingin menentang dan mengalahkan kafir realiti sedangkan kebiasaannya secara ketetapan realiti biasanya akan mengalahkan ilusi.
Wallahualam.