Salam..........





Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Perselisihan, Pergaduhan Membawa kepada Perpecahan



Uploaded with ImageShack.us

Sedih.sedih.sedih......namun segalanya perlukan perubahan. Dunia hari ini tidak terlepas daripada pergaduhan dan perselisihan sekalipun di malaysia. Apa yang menyedihkan, adalah masyarakat hari ini kebanyakan sudah hilang prioriti. Mereka lebih suka menuding jari mengutuk jemaah itu jemaah ini sehingga ke tahap mengkafirkan orang itu orang ini ulama itu ulama ini. Keadaan ini bertambah dahsyat bilamana yang terlibat bukan lagi mereka yang tidak belajar agama, tetapi lebih kuat dan paling lantang adalah tokoh agama sendiri. Di manakah letaknya ciri-ciri taqwa dan menghormati dalam islam. Bukankah ciri-ciri mukmin itu saling menghormati antara jemaah dengan jemaah yang lain. Hari ini manusia tidak lebih daripada menuding jari kepada orang lain sedangkan keutamaan haru sdi berikan pada diri sendiri baru orang lain. Apa yang saya nak tekankan marilah sama-sama kita bantu mereka yang di luar sana yang tidak mengenal islam, tidak pernah kenal nabi, malah ada juga tidak pernah mengenal Allah dan tidak solat. Jauh daripada landasan islam apatah lagi iman. Mereka hanya mengenal kaliamah syahadah di bibir tetapi tidak pernah mengenal tuntutannya. Allahuakbar. Marilah sama-sama kita fokuskan kepada diri dan masyarakat luar dan elakkanlah daripada terlibat dengan pertelingkahan. Bukan mudah nak mengajak orang kepada mengubah pendiriannya. Dan cara kekerasan bukanlah cara utama di negara kita sebagaimana di palestin. MOga Allah memberi kita hidayah dan seterusnya berdakwah kepada yang haq, menjauhi yang batil.

Wallauhu'lam

Sunday, December 6, 2009

Penting ker??(Part 3)

Salam sayang...

Sahabiah yang dikasihi Allah,
Betapa besarnya pengorbanan Rasullullah dalam merintisi jalan dakwah. Demi memperjuangkan dan menyebarkan keagungan dan ketinggian kalimah Lailaha Illallah.
Pentingnya kalimah ini merupakan kalimah yang bilamana manusia meresapi dan menjiwai,
akan lahir satu kegentaran dan ketakutan kepada Allah serta kehebatanNya dalam mengatur segala isi alam. Masakan tidak, Utsman Al-Affan seorang yang kaya raya pada ketika jahiliahnya sanggup melepaskan segala kesenangan duniawinya semata-mata kerana berjumpa dengan satu kalimah yang jauh lebih besar dari segala isi langit dan bumi.

Ini berdasarkan satu hadis berbunyi:

Dari Abi Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)


Sahabiah yang dikasihi Allah,
Kalimah ini adalah kalimah paling mulia yang mana manusia yang menyebutnya sahaja tanpa penghayatan kepada signifikan kalimah ini diturunkan belum mampu mengharungi hidup ini dengan tenang. Hal ini jelas bilamana ramai antara umat islam yang masih kekal dengan sikap jahiliahnya seolah-olah tidak merasakan tuhan ada dekat dengan mereka.

Beberapa pentingnya kalimah ini:

1. Kalimah ini membezakan seseorang yang kafir dengan Islam
2. Menjadi petunjuk kepada perkara kebaikan atau kejahatan.(BOleh beza antara yang hak mahupun yang batil)
3. Menjadi tunjang kekuatan orang mukmin sejati.
4. Menjadi lambang ketaatan kita kepada Allah yakni ilah kita.
5. Menjadi panduan untuk mengenal Allah dengan sekenal-kenalnya.

Apa kaitannya dengan kehidupan kita hari ini?Bukankah islam itu sudah lengkap?Bagaimana nak membezakan antara yang hak dan batil dengan hanya menghayati kalimah ini?Fikirkanlah...

Sekadar perkongsian.Mengharapkan agar tulisan kerdil ini diampuni kesilapannya andai ada,dan diberkati serta memberi inspirasi hidayah dari Allah. Mudahan kita sentiasa di atas landasan yang sebenar.Insyaallah.

Wednesday, November 25, 2009

Penting ker??(Part 2)

Persoalan yang besar adalah mengembalikan manusia kepada ikatan yang sebenar kepada Allah dalam segenap kehidupan kita. Tidak lain dan tidak bukan persoalan akidah.

Rakan2 yang dikasihi sekalian,
Cuba renung dalam benak fikiran kita...kenapa bila masuk tingkatan satu jer mula belajar agama bab akidah..asal gi sekola menengah je bab akidah...asal gi kolej je, bab akidah...penting sangat ker..jeng3..perlu ker akidah ni..

Hakikatnya sahabiah yang dikasihi Allah, akidah ini adalah satu isu yang penting untuk diperjuangkan..manusia rosak komputer,boleh baiki...tapi rosak atau salah akidah, fikirkanlah sendiri...manusia bersatu atas dasar akidah..manusia berpisah atas dasar akidah..manusia berjuang atas dasar akidah..manusia hidup atas pegangan akidah...
Aduh aris ni asyik2 akidah....penting sangat ker...

Kawan2 yang Allah kasihi sekalian,
Perjuangan akidah merupakan perjuangan yang akan berlanjutan hingga ke suatu saat yang ditetapkan Allah..Kerana perjuangan ini melibatkan kalimah AZIM yakni LAilahaillallah...TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH...DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH...penting sangat ke kalimah ni...Duk tengok orang kat masjid zikir kalimah ni tersengguk2..apa maknanya semua ini...

haha...cuba fikirkan dan ikuti sambungannya pada part akan datang..tunggu jangan tak tunggu...

Moga penulisan kerdil dirahmati dan diberkati Allah dan diampuni seandainya ada kesilapan dari sudut kebenaran dan kesahihan di sisi Mu Ya Allah...
Ya Allah berilah daku kefahaman atas kebenaran sebagaimana kau berikan pada golongan ahli syurgamu dalam kalangan anbiya,mursalin wa tabiin dan salafussoleh...amin..

Tuesday, November 24, 2009

Penting ker??(PART 1)...

Lama tak karang esei bm apatah lagi bi..tatkala diri ini terdetik untuk merealisasikan beberapa matlamat cuti sebulan ini selepas beberapa hari mengharungi nazak peperiksaan final sem3 baru-baru ini..Mudahan berjaya dunia akhirat..Ingin aku berkongsi satu isu besar yang mana aku kira hampir keseluruhan manusia yang kurang sedar atau mungkin tak sedar lagi hakikat sebenar penyatuan umat islam kini. Sesiapa yang pernah mentadabbur Al-Quran dan Hadis serta menginterpretasikan dan mengaitkan sejarah dengan buku karangan syed qutb bertajuk Petunjuk Sepanjang Jalan, pasti dia akan menemukan satu rahsia Allah yang paling berharga. Rahsia yang segelintir manusia sudah temui dan begitu indah andai kita juga dapat merasai jua memahami.. Kenapa berlakunya maksiat? Kenapa berlakunya huru hara?kenapa berlakunya kepincangan bangsa? Kenapa berlaku pergaduhan sesama manusia yang bergelar muslim sedangkan mereka sama2 mengucap shahadah yang sama?
Yang pasti hidayah kita kena usaha..cara berbeza..Allah memberi kefahaman dengan cara yang berbeza kepada setiap manusia.. Kerana bukan mudah untuk membeli syurga dengan hanya menggoyangkan kaki di rumah.. teringatkah kita kenapa para sahabat dulu sanggup memperjuangkan islam sehingga syahid dan tinggal anak isteri semata-mata kerana yakin dengan janji Allah dengan syurga yang lebih kekal dan sejahtera..HAha.. Sambung kemudian>>>>>nantikan..

Moga Allah memberi hidayah kepada ku dan seluruh manusia atas penulisan yang kerdil ini dengan izinnya..Amin