Salam..........





Sunday, December 6, 2009

Penting ker??(Part 3)

Salam sayang...

Sahabiah yang dikasihi Allah,
Betapa besarnya pengorbanan Rasullullah dalam merintisi jalan dakwah. Demi memperjuangkan dan menyebarkan keagungan dan ketinggian kalimah Lailaha Illallah.
Pentingnya kalimah ini merupakan kalimah yang bilamana manusia meresapi dan menjiwai,
akan lahir satu kegentaran dan ketakutan kepada Allah serta kehebatanNya dalam mengatur segala isi alam. Masakan tidak, Utsman Al-Affan seorang yang kaya raya pada ketika jahiliahnya sanggup melepaskan segala kesenangan duniawinya semata-mata kerana berjumpa dengan satu kalimah yang jauh lebih besar dari segala isi langit dan bumi.

Ini berdasarkan satu hadis berbunyi:

Dari Abi Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)


Sahabiah yang dikasihi Allah,
Kalimah ini adalah kalimah paling mulia yang mana manusia yang menyebutnya sahaja tanpa penghayatan kepada signifikan kalimah ini diturunkan belum mampu mengharungi hidup ini dengan tenang. Hal ini jelas bilamana ramai antara umat islam yang masih kekal dengan sikap jahiliahnya seolah-olah tidak merasakan tuhan ada dekat dengan mereka.

Beberapa pentingnya kalimah ini:

1. Kalimah ini membezakan seseorang yang kafir dengan Islam
2. Menjadi petunjuk kepada perkara kebaikan atau kejahatan.(BOleh beza antara yang hak mahupun yang batil)
3. Menjadi tunjang kekuatan orang mukmin sejati.
4. Menjadi lambang ketaatan kita kepada Allah yakni ilah kita.
5. Menjadi panduan untuk mengenal Allah dengan sekenal-kenalnya.

Apa kaitannya dengan kehidupan kita hari ini?Bukankah islam itu sudah lengkap?Bagaimana nak membezakan antara yang hak dan batil dengan hanya menghayati kalimah ini?Fikirkanlah...

Sekadar perkongsian.Mengharapkan agar tulisan kerdil ini diampuni kesilapannya andai ada,dan diberkati serta memberi inspirasi hidayah dari Allah. Mudahan kita sentiasa di atas landasan yang sebenar.Insyaallah.

No comments: