Salam..........





Wednesday, June 30, 2010

Sedikit Perkongsian Bertemu Professor Di UPM






Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYa dapat juga saya diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Professor Wan Mahmood di UPM. Berkenderaan kancil saya mengerahkan tenaga untuk bertemu dengan beliau kerana tujuan tertentu. Professor ini merupakan seorang yang telah membuat kajian yang mendalam dalam pembuatan minyak kelapa dara yang diberi nama 'Anavico Oil' seperti yang tertera di sebelah laman blog ini. Beliau merupakan seorang yang amat kritis pemikirannya dan berpengetahuan luas.

Jadi apa yang hendak saya kongsikan disini di sebalik pertemuan yang ringkas antara kami adalah dalam berniaga :

Pertamanya perlu memahami konsep penyerahan diri secara mutlak kepada Allah yang akan menjadikan sesuatu itu berlaku. Contoh; hari ini ramai antara masyarakat menjalankan perniagaan berasaskan berbagai-bagai jenis produk samada mahal ataupun murah. Ada yang jual sabun untuk membersihkan kulit, jual lotion untuk mengelakkan radiasi uv, dan sebagainya. Namun di sebalik itu kita harus melihat apakah sebenarnya sebab utama berlakunya sesuatu itu. Segalanya adalah datangnya daripada Allah dan hanya senya Dia saja lah yang berhak menentukan segalanya.Ubat produk adalah ikhtiar semata-mata sebagaimana Allah menuntut kita agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu sebagai suatu sunnatullah tetapi ramai antara manusia hari ini terlupa untuk mengingatkan diri bahawa segala hasilnya datang daripada Allah. Bahkan diri kita ini sendiri adalah milik Allah seperti yang diterangkan firmanNya:

"Kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Mereka itulah yang akan mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"- Al-Baqarah:155-156

Jesteru, dalam berniaga, sama-sama kita ingatkan pengguna tidak kira apa jua barang yang diperniagakan sebagai contoh sabun agar mengingatkan bahawa sabun hanyalah sabun tapi sabun boleh mencerahkan wajah dan membersihkan kotoran di badan dengan izin Allah.

Keduanya ialah kita perlu yakin bahawa Allah lebih dan Maha Mengetahui berbanding diri kita sendiri. Dia tahu apa yang baik untuk kita dan apa yang tidak. Kadangkala apa yang nampak baik pada kita tidak nampak baik pada Allah dan juga sebaliknya sebagaimana firman Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. sesungguhnya Allah mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui"-al-Baqarah:216

Oleh sebab itu, kadangkala pelanggan yang tidak mendapatkan hasil yang memuaskan dan pada masa yang sama orang lain mendapat hasil yang memuaskan perlu bermuhasabah diri bahawa tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Bukan semata-mata pelanggan tidak mendapat hasil yang memuaskan kerana masalah produk tetapi masalah sejauh mana dia yakin dengan Allah yang akan memberi hasil yang memuaskan dalam menggunakan produk itu.Sentiasa bersangka baik dan jangan berputus asa kerana berputus asa adalah sifat orang yang kafir.

Ketiganya ialah keutamaan fokus dalam menggunakan sesuatu produk. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa minyak kelapa dara bermanfaat dalam mengatasi masalah kulit muka. Jadi, apabila kita menyapunya, mulakanlah dengan kalimah yang mulia bismillah atau mana-mana ayat quran atau doa yang diajarkan nabi kepada ummahnya dan pada masa yang sama fokuskan pemikiran pada kawasan kulit muka itu dengan harapan dan tawakal serta permohonan dari hati yang tulus ikhlas agar Allah mengatasi masalah kulit ini. Ini sesuai dengan firman Allah:

"Maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"-Insyirah:7-8

Segalanya adalah dari Allah. Syukur atas segala nikmat Allah adalah satu perkara yang perlu ada bagi setiap insan untuk menjadi hamba yang dikasihiNya.

Keempatnya dan terakhir, ialah berdoa. Membaca doa dan berdoa adalah sesuatu yang berbeza.Berdoa dalam erti kata yang sebenar adalah memohon dan meminta sesuatu dengan penuh takut dan harap sedangkan membaca doa boleh jadi membaca teks doa tanpa kehadiran hati yang kusyuk dan tidak bersungguh-sungguh. Berdoalah pada Allah selepas sudah berusaha. Janganlah yakin kepada usaha semata-mata kerana seandainya kita meyakini kepada usaha semata-mata, kita tidak ubah seperti orang kafir yang mempercayai bahawa usahalah yang memberi kejayaan kepada mereka. Jadi untuk mendapat kebun syurga kelak, benih yang kita tanam di dunia ini perlulah lebih baik dan berkualiti. Kita ada Allah tempat kita bergantung.Insyaallah.

Kesimpulannya di sini adalah apapun dan siapapun kita di alam ini, kita adalah hamba Allah. Apakah definisi hamba?Hamba ini tidak ada apa2. Dia dikuasai tuannya. Dan kita adalah hamba dan kita ada Allah sebagai tuan kita. Jesteru, mintalah pada Dia yang memiliki segalanya, nescaya akan dimakbulkan. Insyaallah.

MOHD HARITH BIN MOHAMAD KAMALUDIN
http://harithmkt90.blogspot.com/

No comments: