Salam..........





Tuesday, June 23, 2009

Sekalung detik yang berharga..

Dalam kalungan detik(moment) yang berharga ini, dengan bermatlamatkan untuk menamatkan pentelaahan aku mengenai tafsir zilal(surah al-jin), aku terpanggil untuk mengaitkan sedikit ilmu hasil pembacaan beberapa topik kecil di dalam buku SOLUSI edisi yang ke-8(terbaru kukira) kepada sidang pembaca yang dicintai sekalian. Edisinya kali ini bertemakan "Ingatlah! Mati itu datang tiba-tiba". Terasa bahang roh itu. huh!



Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Tatkala umur mencecah 19, aku kira telah banyak perkara yang aku lalui. Pahit,manis,masam mahupun masin. Segalanya mengajar erti hidup yang melalaikan ini. Ramai antara kita bergembira bilamana menyambut hari kelahiran mereka. Hadiah bertimbun-timbun. Sehinggakan ada yang menangis kerana tidak menerima hadiah yang diimpikan. Aku bukan hendak membantah apa yang telah diresmikan adatnya oleh sekalian manusia pada hari ini ketika menyambut hari kelahiran mereka atau dengan nama comelnya birthday boy or girl. Namun tika ini aku ingin kita sama-sama bermuhasabah, kerana dengan keadaan dunia yang serba kucar-kacir ini,kita seharusnya mengubah daya pemikiran kita kepada pemikiran yang lebih matang tentang sesuatu perkara. Utamakan yang penting dahulu sebelum yang lain. Lihat sesuatu bukan dengan satu sudut tetapi berbagai-bagai sudut yang ada.

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,
Hari jadi yang kebiasaannya kita sambut sebenarnya memberi satu mesej tersirat yang semua manusia sepatutnya tahu tetapi malangnya ramai yang kecundang untuk sentiasa mengingati dan memikirkannya. Hari jadi merupakan hari yang mendatangkan satu ketakutan dan nasihat yang cukup signifikan berupa peringatan bahawa usia kita semakin lama semakin pendek. Ramai yang berpersepsi bahawa mengingati mati akan melupakan kita tentang dunia kerana takut sangat mati. Tapi hakikatnya, dengan mengingati matilah, kita akan menjadi lebih bijak. Kerana kita tahu masa yang ada ini cukup singkat untuk mengumpul bekalan bagi menghadapi kehidupan yang jauh lebih abadi selepas ini.

Nabi bersabda, " Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik"-(Kitab Baghyatul Haris-Vol 1)

Kita mungkin banyak menghadapi ketidakpastian dalam kehidupan kita. Jawapan mana yang betul ini?, bila aku nak kawin?, lepas ni nak gi mana?apa yang patut aku lakukan? kenapa aku buat ni ha?. Ribuan persoalan yang tidak pasti dan hakiki. Tapi yang itulah selalunya kita suka hadapi dan fikirkan. Kita seringkali lupa pada perkara yang pasti tapi jauh lebih hakiki malah lebih hakiki.

Umar ibnu Aziz pernah berkata."Manusia diciptakan untuk selama nya"

Betapa kerdilnya kita. Tambahan lagi dosa yang bertimbun membilang. Kita sedar semakin lama kita makin tua. Kita sedar kita semakin lalai meniti usia. Kita sedar kita makin jauh meniti waktu. Kadang kala sehingga kita tidak pernah terfikir pun untuk pergi ke alam sana. Bagiku, tiada peringatan yang lebih berkesan kepada kemajuan diri melainkan peringatan tentang kematian.

Imam al-Ghazali dalam kitab Mukasyafah Al-Qulub, Ibrahim al-taimiyi berkata " Sesiapa yang selalu mengingati mati, ringanlah baginya dunia dan kedukaannya"

Memang benar! seseorang yang benar-benar beriman dengan kematian, maka dia yakin dan pastinya bersedia untuk bertemu dengan Allah yang Maha Esa. Dia tidak akan takut mati malah lebih rindu untuk meniti saat ajalnya. Segala penderitaan di dunia ini tidak lain hanya untuk mengujinya sebagaimana satu firman Allah :-

"Sesungguhnya kami telah menciptakan apa yang ada di bumi ini sebagai perhiasan baginya, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang lebih baik amalannya"(surah Al-Kahfi:7)

Mereka yakin bahawa hidup dunia hanya ujian.

Saudara dan saudari yang disayangi Allah sekalian,
Jesteru, ingin kukongsikan sedikit cara bagaimana hendak melembutkan hati dengan cara mengingati mati. Kaedah ini aku petik dari kata Imam Al-Ghazali melalui bukunya Ihya Ulumuddin:-

"Carilah hatimu di tiga tempat..carilah sewaktu kamu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu sewaktu mengerjakan solat. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika duduk mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"

Sama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain perihal kematian. Melihat kepada musibah berupa ibrah yang berlaku di alam ini seperti wabak,pergolakan politik dan sebagainya, kita sudah tidak jauh dengan perang besar sebagaimana ada disebut dalam beberapa hadis Imam Nawawi melalui kitab Riyadhus Solihinnya. Usia dunia sudah terlalu tua untuk dinikmati. Cukupkah amalan kebaikan kita?ikhlaskah?tepatkah?bagaimana dosa kita?terhapuskah?.
Mari kita percepatkan taubat. Nabi pernah ditanya oleh seorang sahabat" adakah banyaknya amalan yang akan membawa kita ke syurga?.Nabi menjawab"Tidak!, yang membawa kita ke syurga adalah berkat rahmat dan kasih sayang Allah"(Aukamaqal).

Ikhlaskan segala amalan kita dan mohonlah keampunan dan rahmatnya. Insyaallah fi Jannah.

Nasihat Nabi S.A.W dengan sabdanya " Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

Hayatilah setiap detik yang berharga dalam kehidupan kita di dalam kesedaran bahawa kita pastinya akan menemui AJAL!


2 comments:

Aisyah Ismail =) said...

Salam'alayk.

Only in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction~

barakallahufik harith! terus an perjuangan di KMS. moga terus thabat atas jalanNya

(=_=)

ex KMB

http://www.aisyaumayra.blogspot.com

Harithmkt90 said...

Wassalamualaik..Syukran atas nasihat, tunjuk ajar dan kata2 semangat..Namun link akak belum ditemui cara menziarahinya.

Btw, jangan lupa untuk teruskan perjuangan di KMB selama masa masih ada,umur masih panjang,nafas masih dihirup..mudahan syurga milik kita..aminn..