Saturday, October 10, 2009

Benda besar jadi kecik, benda kecik jadi besar...

Saja nak berpesan bahawa dalam hidup kita ni, kita kena saling berprioriti pada beberapa perkara. Tidak tahu nak kata macam mana. Cuma yang pasti perbanyakkanlah perbicangan tentang perkara yang pasti dan jelas, berbanding perkara yang tidak jelas kerana kadang kala gosip itu boleh jadi fitnah. Dan bila ianya tidak diredai tuannya, maka hukumannya jauh lebih teruk dari membunuh. Allah berfirman dalam quran antara intipatinya ialah janganlah kita mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi lebih banyakkanlah menuding jari kepada mata kepala kita sendiri atas dosa2 yang kita lakukan. Bagiku, insyaallah, aku sentiasa merujuk quran sebagai teman idupku, dan atas apa yang aku lakukan, aku letakkan dasar dan asas2 tertentu..

Sahabat yang dikasihi,
Manusia hari ini lebih suka menuding jari terhadap sesuatu tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mana tidak sakit hati manusia yang terkena. Namun aku sentiasa mencari Allah untuk menjadi teman dalam hidupku. Mudah2an perjuangan aku ke arah itu diberkatinya. Aku berpegang pada sabar dan solat sebagai solusi kepada dugaan yang mendatang kerana itu janji Allah dalam Al-quran. Apapun, mudah2an kita sama2 mengejar impian syurga Ilahi..



Saturday, September 19, 2009

Salam Eid-Mubarak 1430


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Di kesempatan ini, saya menyusun 20 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang pertemuan,perhubungan mahupun perkenalan antara kita. Dan selamat menyambut hari raya selepas hampir sebulan meredah nikmat ramadan. Mudah-mudahan kita bersedia menghadapi ujian sebelas bulan akan datang.

Thursday, September 17, 2009

Titiskanlah Airmata Taubat Pembaca Ku Sayang

Sekian lama diri tidak menginsafi dosa dan kejahilan diri. Oh!jauhnya diriku darimu Tuhan?
Ampunkan daku Tuhan atas segala dosa2 ku, dosa kedua ibu bapa tersayangku,dosa adik-beradik tersayangku,dosa saudara mara tersayangku, dosa muslimin dan muslimat yang kusayang, serta seluruh makhlukMu Tuhan. Sentiasalah Engkau cairkan hati keras ini dengan cahaya rahmat dan kasihMu. Mudah2an jagaku dengan iman dan matiku dalam taqwa, bangkitku kembali dengan syurga. Istajibilla humma du'a ana3........Sama-sama kita berzikir...

Wednesday, September 16, 2009

Tangisan Ramadan di Tabir Syawal

Pejam celik,tidur bangun,makan puasa,solat,qiam semuanya menjadi hidangan di bulan barakah. Awalnya rahmat telah berlalu. Kesejukan selimut kasihnya masih terasa sehingga ke detik ini. Biar syawal bakal muncul tidak lama lagi,sisa-sisa ramadan akan ku kutip buat bekalan sebelas bulan nanti. Bulan menerangi alam di malam hari. Matahari terbit memancar di siang hari. Buat menemani ciptaan Ilahi yang tidak kunjung datang dan pergi. Keampunan bertandang di tengah bulan. Buat mereka yang mendamba maghfirah dari Tuhannya. Dosa terkumpul berat terasa. Amal ibadah susah diterima. Peluang Ilahi bukan selalu. Mudah2an kita malu. Kepada Tuhan yang maha Satu.

Hadirin sejagat penyeri hati,
Cuti kolej baru sahaja melabuhkan tirai. Memberi peluang siswi dan siswa menghirup saudara segar bersama keluarga tercinta. Buat mereka yang telah kembali kepadaNYa. Mudahan mereka sentiasa mendapat naungan Allah.Buat yang masih sedar, kemuliaan ramadan akan tetap berjalan. Namun manusia yang lupa menempa kemuliaan tersebut. Datangnya dengan seribu satu nilai mahmudah, untuk kita merebut ganjaran syurga kelak. Mungkin kita pernah melaluinya dulu. Tapi ketika itu, mungkin kita tidak mengerti.Jangan tertipu dengan kehidupan kita di ramadan yang lepas. mungkin dulu tarawikh banyak ditinggalkan. Tapi kini jangan diulang semula biasan kenangan itu. Mulakan diari hidup dengan suatu petanda yang baru. waima,tiga hari lagi, ramadan akan kembali pada Allah, jangan kita siakan peluang cepumas ini. Andai gunung sanggup didaki semata ingin mencari kemewahana duniawi, xkan tidak boleh bersengkang mata bertemu Ilahi di pagi hari tanda terima kasih atas nikmat hirupan nafas yang telah diberi.

Hadirat pengunjung yang mulia,
Lagu raya mula bergema di akhir ini, fadilat malam al-qadr kian lama kian menyepi. Ditinggalkan oleh perasaan gembira yang tidak sabar menanti. Bagaimana perasaan mereka yang telah pergi, pastinya jauh beza. Kadangkala kita tertipu dengan hikmah duniawi. Kecewa menerima kunjungan ramadan, gembira menanti tetamu syawal. Gandaan ganjaran kian kembali, tidak tahu samada akan datang lagi. Tatkala takbir bergema nanti, pasti mengalir air mata kekesalan dari hati sanubari insan yang kenal hakikat diri. hakikat kehidupan yang tidak hakiki. Harapan mati di bulan mulia tidak dapat dinikmati. Bahkan ujian mencabar kian menanti di sebelas bulan selepas ini. Terkenang saat berbuka dengan sahabat yang disayangi, jauh di sudut hati merindui pertemuan itu lagi. Fasa berlepas dari api neraka sedang dilalui. Mudahan kita berjaya melepasi.



Jarang sekali kita menangis kerana Allah, malah selalu sangat gembira bila dapat apa yang dikehendaki. Menjadi anggota 19 dua hari lepas memungkinkan aku untuk kembali bermuhasabah diri,menilai kembali sejauh mana amalan yang dilakukan. Sekalipun banyak, tiada guna andai tidak disertai dengan keikhlasan. Mudahan dewasa ini, aku menjadi lebih berani untuk mengharungi sisa2 hidup fatamorgana yang bakal menanti.

Monday, August 31, 2009

"Kalau Tuhan itu Baik, Kenapa Dia Cipta Neraka"

Ini post terakhir sebelum exam mid sem ku. Doakan aku berjaya mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Sedikit titipan terakhir.

Alhamdulillah setelah banyak menelusuri dan menghayati blog ternama, aku dapat menitip sedikit tazkirah pendek yang aku mohon copy dari blog saudara seislam. Ceritanya agak memberikan kesan yang logik dibenak akal waras manusia.Insyaallah. Sama-sama kita hayati.


"(Peremeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

"Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..Kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak,

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab,

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan,


"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi,

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis itu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya,

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. ")"


Kadangkala, kita terasa begitu kerdil di hadapan Allah. Bayangkan sekiranya kita tidak diberikan ilham untuk menjawab soalan itu, nescaya terasa sakit di hati dan kekesalan yang teramat. Mudah-mudahan kita lebih memperringkat kefahaman terhadap islam dan sentiasa di jalan Allah. Syukran kepada link blog, http://sufygirl.blogspot.com/..

Saturday, August 29, 2009

Jualan Biskut APIS COOKIES

Bau tak dak..tapi rasa ada..itu lah dapat disimpulkan dengan apa yang sebenarnya sedang aku usahakan..menjual biskut APIS COOKIES yang beraneka jenis.huhu.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Kadang-kadang dalam dunia ini kita kena bersifat serba boleh mengikut keadaan. Mana tak nya bila kena jual barang kita kena act as a seller as well as promoter..huh..nak meyakinkan orang ni lah kadang-kadang menjadi satu pengalaman yang manis dalam berniaga ni. Walaupun tak de premis tetap. Hanya premis bergerak(ada ke??)hah..aku akan cuba berusaha untuk membantu sahabat2 aku untuk menjual demi kepentingan Islam. Kerana keuntungan yang diterima akan digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti yang dirancang oleh pihak APIS. Ini adalah satu daripada alternatif kami untuk mencari dana. Jadi di samping dapat pengalaman berpersatuan dapat juga pengalaman jadi penjual.

Baik kerana tidak mahu berleter panjang. Aku akan cuba mempromosi kuih2 ini. Haha.yang pasti suma sedap. Esp Kuih Drop..huhu..nak tau jenis2 nya..Ni dia..Jeng3..


















Maaflah kalau struktur gambar dia ada yang besar space ada yang kecik...
Aduh!..aku lupa nama kuih2 ni..aduh.nanti aku bagitau kemudian.tapi yang aku penah rasa n paling suka setakat ni yang kat atas sekali..perh..layan seyh...Jadi harga yang dijual adalah RM25 sebalang.X silap ada 50 biji..
Jadi kepada sesiapa yang ingin untuk merasa dan tidak mau menyesal dalam hidup dia beter beli cepat.saja jer..stok terhad je ni..sape cepat dia dapat.maaf la bahasa pasar skit post kali ini.Yeke?..hehe..Kalau ikut pengalaman makan kuih ni, nak tau sedap tak sedap.x sampai seminggu beli dah abis dimakan. Jadi berbuka puasalah dengan tamar dan apis cookies ini.

Saya rasa(bukan betul) kalau nabi ada lagi sekarang, mesti hadis yang antara dua nikmat berpuasa ialah ketika berbuka dan bertemu Allah,jadi tiga. Apa dia?? yang ketiga itu, berbuka puasa bersama APIS COOKIES. Insyaallah. Sama2 lah rakan dan sidang pembaca. Jika nak boleh contact saya melalui no ni:-0126317071 atau email ke alamat harithmkt90@yahoo.co.uk..Encik Harith..walaupun tak kawin lagi. Itu sahaja.Maaf andai ada salah silap.

Moga penulisan ini mendapat keampunan dan redha Allah kepada semua hamba Allah yang membacanya.

Monday, August 24, 2009

Cacat Bukan Penghalang...

Sidang pembaca yang dikasihi,
Cacat bukan penghalang kejayaan. Mungkin cacat itu di mata manusia, tapi dihadapan Allah dia sempurna. Tiada Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia.Mudah2an kita akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi.