Salam..........





Wednesday, September 16, 2009

Tangisan Ramadan di Tabir Syawal

Pejam celik,tidur bangun,makan puasa,solat,qiam semuanya menjadi hidangan di bulan barakah. Awalnya rahmat telah berlalu. Kesejukan selimut kasihnya masih terasa sehingga ke detik ini. Biar syawal bakal muncul tidak lama lagi,sisa-sisa ramadan akan ku kutip buat bekalan sebelas bulan nanti. Bulan menerangi alam di malam hari. Matahari terbit memancar di siang hari. Buat menemani ciptaan Ilahi yang tidak kunjung datang dan pergi. Keampunan bertandang di tengah bulan. Buat mereka yang mendamba maghfirah dari Tuhannya. Dosa terkumpul berat terasa. Amal ibadah susah diterima. Peluang Ilahi bukan selalu. Mudah2an kita malu. Kepada Tuhan yang maha Satu.

Hadirin sejagat penyeri hati,
Cuti kolej baru sahaja melabuhkan tirai. Memberi peluang siswi dan siswa menghirup saudara segar bersama keluarga tercinta. Buat mereka yang telah kembali kepadaNYa. Mudahan mereka sentiasa mendapat naungan Allah.Buat yang masih sedar, kemuliaan ramadan akan tetap berjalan. Namun manusia yang lupa menempa kemuliaan tersebut. Datangnya dengan seribu satu nilai mahmudah, untuk kita merebut ganjaran syurga kelak. Mungkin kita pernah melaluinya dulu. Tapi ketika itu, mungkin kita tidak mengerti.Jangan tertipu dengan kehidupan kita di ramadan yang lepas. mungkin dulu tarawikh banyak ditinggalkan. Tapi kini jangan diulang semula biasan kenangan itu. Mulakan diari hidup dengan suatu petanda yang baru. waima,tiga hari lagi, ramadan akan kembali pada Allah, jangan kita siakan peluang cepumas ini. Andai gunung sanggup didaki semata ingin mencari kemewahana duniawi, xkan tidak boleh bersengkang mata bertemu Ilahi di pagi hari tanda terima kasih atas nikmat hirupan nafas yang telah diberi.

Hadirat pengunjung yang mulia,
Lagu raya mula bergema di akhir ini, fadilat malam al-qadr kian lama kian menyepi. Ditinggalkan oleh perasaan gembira yang tidak sabar menanti. Bagaimana perasaan mereka yang telah pergi, pastinya jauh beza. Kadangkala kita tertipu dengan hikmah duniawi. Kecewa menerima kunjungan ramadan, gembira menanti tetamu syawal. Gandaan ganjaran kian kembali, tidak tahu samada akan datang lagi. Tatkala takbir bergema nanti, pasti mengalir air mata kekesalan dari hati sanubari insan yang kenal hakikat diri. hakikat kehidupan yang tidak hakiki. Harapan mati di bulan mulia tidak dapat dinikmati. Bahkan ujian mencabar kian menanti di sebelas bulan selepas ini. Terkenang saat berbuka dengan sahabat yang disayangi, jauh di sudut hati merindui pertemuan itu lagi. Fasa berlepas dari api neraka sedang dilalui. Mudahan kita berjaya melepasi.



Jarang sekali kita menangis kerana Allah, malah selalu sangat gembira bila dapat apa yang dikehendaki. Menjadi anggota 19 dua hari lepas memungkinkan aku untuk kembali bermuhasabah diri,menilai kembali sejauh mana amalan yang dilakukan. Sekalipun banyak, tiada guna andai tidak disertai dengan keikhlasan. Mudahan dewasa ini, aku menjadi lebih berani untuk mengharungi sisa2 hidup fatamorgana yang bakal menanti.

3 comments:

Hamba Allah said...

puitis.. dan padat. :) semoga kita dpt sama2 memanfaatkan hari2 terakhir bulan ramadhan ini.. insya-Allah..

sis said...

salam~...hebat sungguh ayat sastera... macmmana nak ku tulis...
huhu...memang benar ramdhan semakin dipenghujungnya...apakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.. menjadi titik persoalan muhasabah agar diri sentiasa bersedia...mengharungi sisa 11 bulan yg bakal diharungi... ohh ramadhan, adakah kita akan bertemu lagi??..

Harithmkt90 said...

Kepada Hamba Allah,
TIdak lah sangat puitisnya berbanding kecantikan ilmu mantik quran. Namun, kadangkala kiasan dapat mnyentuh hati2 yang lalai,insyaallah..

Kepada akak,
Mudahan kita bertemu lagi dengan ramadan yang akan datang dengan persediaan yang lebih rapi agar datang nya diiringi keimanan dan perginya berkesankan ketaqwaan.Insyaallah