Ini post terakhir sebelum exam mid sem ku. Doakan aku berjaya mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Sedikit titipan terakhir.
Alhamdulillah setelah banyak menelusuri dan menghayati blog ternama, aku dapat menitip sedikit tazkirah pendek yang aku mohon copy dari blog saudara seislam. Ceritanya agak memberikan kesan yang logik dibenak akal waras manusia.Insyaallah. Sama-sama kita hayati.
"(Peremeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
"Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..Kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak,
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab,
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan,
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi,
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis itu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya,
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. ")"
Kadangkala, kita terasa begitu kerdil di hadapan Allah. Bayangkan sekiranya kita tidak diberikan ilham untuk menjawab soalan itu, nescaya terasa sakit di hati dan kekesalan yang teramat. Mudah-mudahan kita lebih memperringkat kefahaman terhadap islam dan sentiasa di jalan Allah. Syukran kepada link blog, http://sufygirl.blogspot.com/..
9 comments:
Salam alaik..
best best bagus post nie..
betul2 Allah itu Maha Baik..
dan stp hukuman yg diterima oleh hambaNya yg zalim itu sepadan dgn kesalahan mereka..
surah an-naba...klo xsilap..
nauzubillah..
JOM, same2 tingkatkan kefahaman dan kasih syg kita pada Allah!!!
salam ziarah
Allah maha adil.
Salam.kepada khadijah:-
Syukran..sekiranya ada perkongsianboleh lah kongsikankanngan rakan2 yang lain..INsyaallah..MOga Allah meredai usaha yang kecil ini.
Kepada UN:-
Masakan kita dapat peluang untuk bertaubat dengan umur yang ada lagi sekiranya Allah tidak adil..
nice post bro..keep it up!kem slm kt muhammad sume eh!
nice post bro..keep it up!
salam. kwn kmb datang menjenguk...
kirim salam kat sume bdk kms lain especially bdk jambori prs kat kuala nerang ari tu. gud luck in ur exam!
-sobri
salam...
menarik citer ni.....
smga hidayah Allah sntiase bsame kite...
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu benar-benar tempat yang telah disediakan kepada mereka,pengikut2 syaitan semuanya...."-al-Hijr,43-
nauzubillah daripada menjadi pengikut syaitan...
Kepada:
Syazmin:.Syukran..semoga Allah meredai segala usaha kecil ini..nta teruskan perjuangan di sana..semoga berjaya fi dunya wal akhirah.
sobri:..terima kasih ats wishes..Insyaallah ramadan menukar haluan kepada lebih baik..
aisyah:..semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita.yang penting kena cari..Insyaallah..
Famous ornament:..banyakkan ingat mati dan azb neraka,mudahan kita bersedia untuk menjauhinya..
Post a Comment