Salam..........





Sunday, June 14, 2009

Semboyan sangkakala awal buat Protaz Terulung..

Rasullullah S.A.W bersabda " Kematian orang sekampung lebih ringan daripada kematian seorang alim".

Kesedihan menyelubungi akal dan hati. Akal memikir dan hati menghayati. Syahdu tatkala seorang permata dakwah telah meninggalkan ribuan ummat nabi yang masih dahagakan ilmu dan nasihat darinya. Terkejut juga bila mendapat tahu berita ini malam semalam sebaik sahaja pulang dari membantu saudara sepupuku berwalimatul urus. Tak tahu kenapa?aku pelik ramai antara kita tidak merasa sedih akan kehilangannya. Siapa yang pernah berada dalam gerakan bermanhaj haraki atau malizi atau sebagainya pastinya tidak terlepas daripada menjadikan karangannya sebagai rujukan asas bagi program tarbiah ruhi atau jasadi. ' apa erti kita menganut islam' merupakan kitabnya yang terkenal di kebanyakan persatuan atau gerakan islam yang ada di Malaysia ini malah di seluruh dunia.

Rakan2 yang disayangi sekalian,

Aku bukan mengharap rakan-rakan sedih kerana pemergiannya, tapi merasa sedih kerana perginya seorang ilmuan islam atau alim ulama, bererti sudah dicabut satu ilmu dari limpahan ilmu yang ada dia alam semesta ini. Benarlah dalam satu hadis nabi yang mengatakan bahawa Allah akan mencabut ilmu di dunia ini bukan dengan menghapuskan secara menghilangkan namun dengan cara mematikan para ilmuan dan alim ulama. Seorang protaz yang berpendidikan kejuruteraan tetapi peka dengan perkaitan ilmu islam menjadikan beliau antara penyumbang terbesar dalam gerakan dakwah di seluruh dunia.

Mungkin perkara ini dirasai bagi mereka yang berakal. Berakal yang macam mana ek??
Berakal sebagaimana Allah menyebut dalam qalamnya yakni yang mengingatinya setiap ketika dalam hidupnya sewaktu berbaring,duduk dan sebagainya kerana hanya mereka yang beriman dengan ayat Allah akan merasai bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan menjadikannya sebagai satu faktor dirinya dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang Al-Marhum Al-Fadhil Protaz Dr. Syeikh Fathi Yakan

1. Dunia Islam semalam, Sabtu 13 Jun 2009 kehilangan seorang tokoh pemikir dan pendakwah yang berpengaruh bukan sahaja di bumi kelahirannya, Lubnan bahkan di seluruh dunia. Dalam usia 77 tahun Al-Sheikh al-Duktur al-Muhandith Fathi Yakan, ketua parti Islam Lubnan, Jabhah al-Amal al-Islami meninggal dunia di hospital di ibu kota Tripoli setelah beberapa hari terlantar di unit kawalan rapi. Jenazah beliau akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini di Tripoli.

2. Dr Fathi atau nama penuhnya Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Februari 1933 merupakan diantara pengasas awal kepada gerakan Islam di Lubnan. Pembabitan beliau dalam gerakan Islam di Lubnan telah bermula seawal tahun 1950an dan mengasaskan Jemaah Islam Lubnan, satu cabang kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1960an bersama-sama tokoh lain termasuk Sheikh Faisal al-Mawlawi. Bahkan beliau memegang amanah sebagai Setiausaha Agung sehingga tahun 1992 dan meletak jawatan apabila memenangi pilihanraya sebagai ahli parlimen. Beliau kemudiannya melibatkan diri secara langsung politik Lubnan dan partinya Jabhah turut disertai oleh jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokoh Islam dari kalangan Sunni dan juga Syiah seperti Harakah al-Tawhid al-Islamiy, Sheikh Hashim Minqarah dan lain-lain.

3. Di peringkat global, beliau berpengaruh kepada gerakan Islam dunia bukan sahaja melalui bahan-bahan penulisan dakwah dan haraki beliau. Bahkan apabila Professor Dr Najmudin Erbakan merintis kesatuan gerakan Islam di peringkat global semasa beliau menjadi Perdana Menteri Turki, Dr Fathi dilantik mengetuai fungsi tarbiahnya dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Malaysia.

4. Dr Fathi mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan elektrik di Beirut, tetapi kemudiannya menyempurnakan ijarah kedoktorannya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.

5. Beliau mengahwini Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektornya. Universiti beliau turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya lepasan Madrasah Darul Quran, Rusila, Terengganu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu.

6. Dr Fathi banyak menulis buku yang menjadi rujukan gerakan Islam di seluruh dunia antaranya ialah:

  • فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
  • مشكلات الدعوة والداعية،
  • كيف ندعو إلى الإسلام؟
  • نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
  • الموسوعة الحركية
  • ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
  • حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
  • الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
  • ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
  • ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
  • الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
  • الشباب والتغيير،
  • المتساقطون على طريق الدعوة،
  • أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
  • ، قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية

7. Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada gerakan Islam. Semoga Allah mengganjari sebaik ganjaran kepadanya dan semoga beliau menjadi model kepada ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Sahabiah yang ku sayang,

Ambillah ibrah daripada pemergiannya dan yakinlah satu ketika nanti kita juga pasti akan kembali. Namun adakah dalam keadaan tersenyum kerana amal yang diredai dan ilmu yang ikhlas diamali atau menangis kerana dosa yang tidak terampun atau amalan yang tidak diredaiNya. Pokok pangkalnya dalam satu tamrin yang aku baru hadiri, seorang sahabat ku menyebut tentang takrifan Tuhan yang diambil sumbernya dari seorang ilmuan muktabar juga. Beliau menyebut Tuhan ini adalah yang didahului atau didahulukan. Makna kata dalam setiap apa yang dilakukan seperti dianalogi jikalau kita mendengar azan sewaktu bermain DOTA, kita masih meneruskan bermain tanpa bersedia untuk solat, sewaktu itu kita telah mendahulukan DOTA yang melalaikan berbanding solat. DOTA menjadi tuhannya berbanding tuhan yang sepatutnya disembah. Nauzubillahiminzalik. Mudah-mudahan masa yang ada ini kita pergunakan sebaiknya untuk menghargai dan mendalami ilmu islam daripada para ulama yang masih bernafas agar kita tidak ketinggalan dek arus yang semakin drastik ini.Insyaallah tarbiah dan peringatan ini untuk diri ini terutamanya dan rakan-rakan pembaca. INsyaallah. Moga roh beliau dicucuri.....

Al-Fatihah kita sedekahkan buat Al-Marhum...



2 comments:

AIsyAmIrA said...

mm,segan juga nak mengaku yg memang x kenal pon almarhum tokoh kat atas ni...
tp semestinyee dye hebat ek??
mm,buku 'ape erti kita menganut Islam' tuu mcm agak menarik...
kt mne bleyh dapat ek??
papepun semuga Allah cucurkan rahmatNya ke atas beliau...amiin~

Harithmkt90 said...

Salam...insyaallah..buku tu ada dijual di kebanyakan markas wadah islam di malaysia ini. tapi ana ada dalam bentuk pdf. Sekiranya hendak, boleh beri email nti..dan ana akan forwardkan.Syukran atas keprihatinan nti.