Salam..........





Friday, June 12, 2009

Sejarah Ilmu..

Salam bertandang sekali lagi dalam perhimpunan akal dan hati.. Hidup terasa terlalu singkat..dosa makin bertambah. Pahala entah ke mana. Astaghfirullah. Namun kelompangan masa yang diberi Allah akan ku pergunakan buat muhasabah dan bertaqarrub semula kepada Allah yang Maha Esa setelah sekian lama diri ini kekosongan dan kehitaman kesan daki2 busuk yang melekat. Kenapa saat ini aku menulis lembaran berkaitan ilmu?..entahla..cuma apa yang tulis pada ketika ini adalah susulan daripada satu perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh seorang mubaligh yang datang ke kolej aku setiap hari ahad malam. Entah mengapa aku terasa sesuatu kelainan pada malam tersebut. Mubaligh tu muda je. Tapi apa yang disampaikan amat menyentuh hati. Persoalan yang diutarakan ada dua?????
Pertama, bila bermulanya ilmu?
Tak terfikir bila soalan ini dikeluarkan sebelum ini. Macam2 la jawapan yang dapat dari pendengar. Sejak nabi Adam la, daripada perkataan I la, n pelbagai lagi. Tapi jawapan yang diberi saya kira amat bernas. ILMU BERMULA KETIKA MANUSIA MENYEDARI BAHAWA DIA TIDAK TAHU DAN MULA UNTUK MENGKAJI DAN MEMPELAJARI ILMU YANG TIDAK DIKETAHUI ITU.make sense bukan..walaupun nampak pelik tapi logik..
Ilmu ni bole kata tak kan abis kan?. Cuma manusia macam aku ni mungkin merasakan dah cukup ilmu,riak sehingga Allah meletakkan bala atas keangkuhan hambanya. Semalam aku baru berdiskusi sedikit dengan sahabat-sahabat KMS yang tak balik cuti lagi. Satu ilmu baru yang aku baru sedari dan agak logok gak la. Satu kenyataan ' Makanan tidak berhajat kepada kita untuk memberi kita kenyang, tapi dia berhajat kepada Allah untuk menjadikah kita kenyang, manakala Allah tidak berhajat kepada makanan untuk menjadikan kita kenyang'.. agak pening bilamana bahasa diputarbelitkan. BAnyak menguji akal yang waras ni la.huh!!. Namun ini satu ilmu yang berguna yang mendefinasikan sesuatu kenyataan bahawa Allah tidak mengharapkan kepada pertolongan Allah pun dalam melakukan sesuatu. Apa yang diberikan tidak mampu dibalas. Kerana itu Allah memberikan kita peluang hidup di dunia yang sementara ini untuk sentiasa taat akan perintahnya dan memuhasabah diri sedalam2nya.Hidup untuk akhirat.

Persoalan kedua, bila berakhirnya ilmu ini??
haha...pening nak fikir kan.susah betul..Jadi bila fikir dalam2 jawapan yang ada di benak fikiran ini ialah ilmu ini tidak akan habis..tak kan ada penghujung..timbul lagi persoalan kedua, ilmu ini boleh abis ke?boleh tamat ker?? jadi mubaligh itu jawab' ILMU INI BOLEH HABIS BILAMANA MANUSIA ITU MERASAI DIA SUDAH TAHU ILMU ITU DAN TIDAK PERLU UNTUK MENDALAMI ILMU ITU, ATAU ERTI KATA LAIN RIAK DENGAN ILMU YANG DIRASAI SUDAH CUKUP' agak make sense..jadi renung2kan lah buat diri ini terutanya dan rakan-rakan pembaca blog. INsyaallah sambung kemudian dalam ruangan lain...

6 comments:

Unknown said...

permulaan ilmu..bila Allah merasakan manusia itu lemah berbanding makhluq lain..diberikan ilmu untuk manusia bersyukur..

pengakhiran ilmu..apabila manusia tidak mengaitkan ilmunya dengan pemilik ilmu, Allah s.w.t..


terima kasih utk post ini..

Remy said...

permulaan ilmu - bila seseorang yg telah mengetahui mengamalkannya untuk mencari keredhaan Allah swt

pengakhiran ilmu - bila seseorang sengaja meninggal dan melupakan ilmu yg ada lantas menjadi tunggangan nafsu dan syaitan, akal sudah tidak diletakkan lagi di tempat yg hak.

harith...salam permulaan ukhuwah yg baru, insyaAllah ;-)

R-Lau R-Piz said...

tak kisah la bila mula dan akhirnya ilmu ini...
apa yg penting, selagi nyawa dikandung badan, maka ambillah peluang untuk mencari ilmu yang tersebar luas di muka bumi ini dgn harapan ilmu itu dpt dimanfaatkan sebaik-baiknya di jalan Allah S.A.W...

=)

hudhud said...

Ilmu milik Allah itu tiada penghujungnya..terpulang pada kita untuk mengutipnya di sepanjang perjalanan menuju akhirat yg hakiki..

fateen.falah said...

salam ziarah.

Perjalanan ilmu itu ada 3 jengkal- Apabila seseorang memasuki jengkal yang pertama, maka dia mudah menyombong diri. Apabila seseorang memasuki jengkal yang kedua, maka dia mudah merendah diri. Dan apabila seseorang memasuki jengkal yang ketiga, maka dia akan menyedari bahawa sesungguhnya lautan ilmu itu tidak bertepi..

Maka benarlah syair Imam Syafie'e dalam Diwan nya..

Selagi mana zaman mendidikku,
Aku melihat akalku semakin berkurangan,
Dan apabila aku tidak menambah ilmu,
Aku lihat bertambah ilmuku dengan kejahilanku!

Topik yang menarik.
Teruslah menggali lautan ilmu!
Semoga terus thabat.Mohon doa.
109:18
Salam dr Morocco.

Harithmkt90 said...

Syukran kepada sahabiah pemikir..alhamdulillah perkongsian rakan2 menambah lagi takrifan sesuatu ilmu itu..ilmu ini tidak akan habis..ilmu ini tidak bertepi..namun hari ini kita tidak mampu memverify(betul ke ayat ni) siapa yang betul dan siapa yang salah..cuma antara cara yang kita boleh buat adalah sentiasa beristikarah dan memohon agar Allah sentiasa memberikan kita jalan hidayah dalam setiap saat dalam hidup kita berlandaskan usaha2 kita yang berpandukan Al-Quran dan As-sunnah..Insyaallah..mudah2an syurga itu milik mereka yang mencarinya dan harapannya kitalah antara golongannya.amin..kepada fateen..salam dari malaysia..