Salam..........





Wednesday, August 27, 2008

Kerinduan Pada Permata Usrah di SDAR




Asslamualaikum warahmatullah..
Kesekian kali bertemu semula setelah hampir segalah waktu ana membiarkan blog ini tidak tercalit oleh sebarang coretan. Kala ini, ana tiba2 memikirkan anak2 usrahku dahulu. Betapa cerianya gelak tawa mereka. Enggak(tidak) tahu adakah mereka masih dalam sistem tarbiah sebagaimana yang telah ana(biiznillah) perintiskan buat diri mereka. Ana doakan mereka sentiasa dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum ni. Teringat di waktu ana mengajak mereka berkumpul di bawah blog syahbandar. Berbincang mengenai bermacam2 perkara yang kadang kala tersentak jua diri ini "adakah aku masih mengotakan apa yang aku pesankan pada mereka" . Adushh!!teruknya diri ini..Teringat jua ana kepada sikap mereka yang malu2 ketika disuruh bercakap mengenai apa2 perkara.Haha..pernah juga sekali tu, ana ajak abang ana datang sekali bawa makanan. Kami makan bersama2. Terasa fil qalby kemesraan ukhuwah yang dibina antara ana dan adik2 kesayangan ana. Walaupun makanan tidaklah sesedap di MCD, tetapi kerana kemanisan ukhuwah kerana Allah, makanan itu boleh jadi lebih sedap daripada makanan di kedai.rindunya adik2 ku. bagaimanakah kalian semua????adakah masih meneruskan qiamullail???adakah masih terus menghafal dan mentadabbur Al-Quran???adakah masih cintakan Allah lebih daripada mencintai manusia??? Ana cukup menyayangi mereka dek kerana mereka ini ibarat permata yang belum terusik dan bakal menjadi tunggak kecemerlangan Islam pada masa akan datang. Ana mengharapkan mereka menjadi orang yang beriman dan berjaya serta menjadi Daie yang tetap utuh dan gagah di medan dakwah.

Sedikit Doa Kepada Allah buat Permata2ku
Ya Allah Yang maha Pengasih,
Ku menadahkan kedua telapak tangan,
Ku memohon kepadamu agar Engkau jagailah mereka sebgaimana Kau memelihara Hamba Soleh mu yang lain,
Kau berilah mereka hidayah,
Kau tanamkanlah sifat mawaddah dalam diri mereka,
Kau bajailah mereka dengan ilmu yang bermanfaat,
Kau kuatkanlah mereka dengan kekuatan iman,
Kau ampunkanlah mereka atas segala kesilapan,
Kau pandulah mereka ke jalan yang benar,
Kau siramilah mereka dengan Rahmatmu,
Kau tanamilah dalam jiwa mereka semangat Jihad,
Kau kurniakanlah mereka ketabahan dan kegagahan,

Akhir kata,
Ya Allah Ya Hayyu ya Qayyum,
Sesungguhnya aku tiada dekat dengan mereka,
Maka tiada yang lebih dekat melainkan hanya Engkau,
Dan aku juga tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka melainkan Kau Yang Maha mengetahui,
Dengan itu, makbulkan doa hambamu yang kerdil, hina dan dhaif ini,
agar mereka sentiasa dalam redamu.
Cintaku padamu tidak akan luput,
Sekiranya aku lalai,
Kau bimbinglah aku semula,
Dan sekiranya ajalku bakal tiba,
Tutupkanlah mataku dalam keadaan engkau reda akan segala amalanku dan hidupku.
I love u too much Allah..Aku cintakan engkau..Kerana engkau sahajalah yang layak membalas cinta..

Yang benar,
Mohd Harith Bin Mohamad Kamaludin
http://harithmkt90.blogspot.com/

2 comments:

Wak Dol said...

Saudara yang lebih muda usianya daripadaku selalu saja meruntun qalbuku kerana apabila menatap tingkah mereka ini aku membandingkannya dengan lakuku. Mereka ini masih sedikit lagi dosa yang terkumpul bahkan mungkin belum adapun yang dicatat padahal dalam setiap langkahku banyak sekali dosa yang tersisa.

"...langit, gunung, laut dan bumi tanah air
bakal menyambut putera-puteri kita
pewaris sah patria masamuka..."
-Kemala

kembara_1990 said...

usrah? BADAR ? aku terlalu hina dan tak layak ckp pasal tu sume ...hahahaha touching lak