Salam..........





Thursday, August 28, 2008

KEHINAAN YANG TERAMAT..


Hanya dengan beberapa cebis frasa, hatiku meluap resah dek kerana fikiran waras yang tiba jauh agak lambat dari kebiasaannya. Betapa kerdil dan hinanya diri ini. Setangkai perkataan daripada hp yang tidak bersalah,terpaksa diterima dengan hati yang penuh kekecewaan dan kesedihan yang teramat sangat. Namun, itulah fitrah yang seringkali hadir tanpa diundang dan datang tanpa dijemput. Sahabatku yang tidak kukenali rupanya secara jelas namun terikat dengan ikatan kerana Allah, ana leburkan dengan perbuatan yang amat menjelikkan.tidak sewajarnya ana meninggalkan beberapa patah perkataan dan akhirnya tersebar ke seantero UNICEL. Ana harap dia tabah menerima atas kesilapan diri ini. Namun tidak tahu bagaimana hukuman Allah padaku kerana telah cuba merenggangkan ukhuwah sesama islam.Ana mohon agar ikatan ini terus terjalin dan dimaafkan. Kadang2 bagi ana, memang mudah untuk melafazkan maaf, namun kepahitan yang dirasai bagi mereka yang menjadi mangsa jauh lebih pedih dan terseksa.aduh..ampunkan diri ini yang Maha Pengampun..lembutkan lah hati sahabat ana ini agar dia memaafkan diri ini. Kesilapan yang hanya sedetik memberi implikasi selama-lamanya. Pandulah diri ini Ya Allah..ke arah jalan yang benar. ana cukup terseksa dengan perbuatan sendiri yang tidak wajar pada kaca mata muslim. Sayangku pada sahabat kerana Allah jauh lebih dari ana menyayangi diri ini. Sayangilah beliau, terimalah beliau sebgai hambamu yang kamu reda dan tempatkanlah beliau di dalam syurgamu..

" Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya."

Aduh sakitnya menyakiti hati saudara...maafilah diri ini..
Yang Kerdil Lagi Hina,
Mohd Harith Bin Mohamad Kamaludin
http://harithmkt90.blogspot.com/

3 comments:

Wak Dol said...

Persahabatan itu bertambah warnanya melalui konflik yang mematangkan persaudaraan. Namun, apabila masalah yang kecil dianggap remeh dan dibiarkan begitu saja kadangkala keadaan bisa jadi keruh. Aku teringat suatu waktu, aku tanpa perasan agaknya telah melukakan hati seorang saudara. Gelisah sekali aku kerana akibatnya setiap kali hendak menyapa dan sebagainya terasa sesuatu yang aneh. Sebagai saudara, aku rasa sesama kita harus ada suatu perasaan peka, sensitif (rasanya aku amat lemah dalam aspek ini). Di samping itu, seorang itu harus memberikan penjelasan juga bukan buru lalu merajuk tak tentu hala. Dalam bersaudara banyak perkara perlu aku belajar kerana aku ini agak kurang ajar, tetapi saudara juga perlu memberi pedoman dengan wajar. Wallahu a'lamu bis-sawab.

"...menjunjung suatu maksud
persahabatan yang lebih
dari sekadar berkawan...."
-Lebai Jawi

kembara_1990 said...

hahaha lek sudah .. aku memang selalu menelan kepahitan dalam persahabatan ... hahaha aku tak suke merajuk...apetah lagi mengharap untuk dipujuk huhuhu (tanye dolah bape kali aku penah merajuk)

hudhud said...

salam ukhwah...
trsentuh hati membaca post 'kehinaan yg tramat'
insyaAllah sahabat yg di unicel tu sudah lama memaafkn anta..
cuma sedikit saranan di sini agar x ulangi lg kesilapan lalu..
jika ingin menegur biar terus kpd empunya diri..bknkah itu lebih elok?
wallahua'lam