Salam..........





Saturday, October 10, 2009

Benda besar jadi kecik, benda kecik jadi besar...

Saja nak berpesan bahawa dalam hidup kita ni, kita kena saling berprioriti pada beberapa perkara. Tidak tahu nak kata macam mana. Cuma yang pasti perbanyakkanlah perbicangan tentang perkara yang pasti dan jelas, berbanding perkara yang tidak jelas kerana kadang kala gosip itu boleh jadi fitnah. Dan bila ianya tidak diredai tuannya, maka hukumannya jauh lebih teruk dari membunuh. Allah berfirman dalam quran antara intipatinya ialah janganlah kita mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi lebih banyakkanlah menuding jari kepada mata kepala kita sendiri atas dosa2 yang kita lakukan. Bagiku, insyaallah, aku sentiasa merujuk quran sebagai teman idupku, dan atas apa yang aku lakukan, aku letakkan dasar dan asas2 tertentu..

Sahabat yang dikasihi,
Manusia hari ini lebih suka menuding jari terhadap sesuatu tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mana tidak sakit hati manusia yang terkena. Namun aku sentiasa mencari Allah untuk menjadi teman dalam hidupku. Mudah2an perjuangan aku ke arah itu diberkatinya. Aku berpegang pada sabar dan solat sebagai solusi kepada dugaan yang mendatang kerana itu janji Allah dalam Al-quran. Apapun, mudah2an kita sama2 mengejar impian syurga Ilahi..



5 comments:

Hamba Allah said...

Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.

nama aku abdullah said...

naam wahai hamba Allah.
setiap perkara yg berlaku pasti ada sebabnya.walau pun pkara kecik, pkara kecik tu lah yg boleh mmbawa kpd yg lebih besar. jgn pndg perkara kecik tu kecik sbb ia boleh jadi besar gak nnt an? Allah nak bg petunjuk ni byk cara. mgkin dgn timbulnye bende kecik ni, dia nak kita sedar, nak naikkan maqam kita. nak jd wali Allah pun, diri nak kene bersih dulu dr bende2 kecik camni an?
so,mungkin Allah nak tegur kita melalui org itu.jika tak tergerak hatinya utk menegur maka tidak lah kita tersedar. kadangkala kesalahan diri sndiri kita tak nampak.ini tanda Allah syg pada kita.bila tak nmpk,Dia bg petunjuk.sntiasalah bersangka baik.aku pun dalam proses nak mentarbiah diri.cuma bila baca kisah ni,cam teringat plak idop aku.aku rasa apa yg aku buat betol.aku idop dgn alquran.tapi satu hari,ada org tegor aku.aku rasa aku betol..tgk2 mmg salah aku gak. aku rasa aku dah cUkop menjaga diri. tapi org lain tgk aku dari persepsi yg lain.fitnah dah. aku cepat tak puas ati. suuzzhon lebih. sekarang aku taw. Allah syg sgt kat aku,baru dia gerakkan hati org tu. untungnya dia sbb Allah pilih dia utk tegor aku.jeles gak bila pikir balik.
ps:sekadar berkongsi jalan hidup.erti hidup pada mmberi kan? ada sebab utk setiap kejadian.tak boleh anggap diri kita betol sntiasa.cuba fikirkan balik.itu r nasihat aku.wallahualam.

Anonymous said...

points urself b4 pointing others....

Harithmkt90 said...

Terima kasih kepada anonymous,hamba Allah dan abdullah atas teguran yang membina dan nasihat.. Mudahan2an teguran itu dari hati yang ikhlas ingin sama2 berubah kepada yang lebih baik..kita mungkin boleh berubah kepada yang baik sekali ditegur, tapi sampai bila kita mampu berubah sekiranya ujian yang sama datang selepas kita berjaya..Diharap agar kita sama2 saling menegur kerana Allah untuk ummah kita di samping mendoakan agar orang yang ditegur itu mendapat hidayah Allah serta merta..itulah kaedah nabi kepada orang yang didakwahkan..dia tidak tinggal begitu sahaja..maaf sekiranya post itu ada yang terasa..tidak berniat kepada sesiapa..kerana aku baru belajar satu konsep bahawa sekiranya kita ingin berubah kita kena tanam kefahaman yang jelas pada akidah.kerana akidah akan membuahkan hasil kebaikan.Insyaallah..

Kata ali:
Sekiranya kita mencari orang yang benar,kita tidak akan jumpa orang yang benar, tapi sekiranya kita mencari ilmu yang benar, kita akan jumpa orang yang benar..Insyaallah..Terima kasih sekali lagi..Mudahan2 dugaan yang datang dapat dihadapi dengan tenang kerana aku yakin kita tidak boleh membunuh perasaan, tapi kita salurkan pada yang betul. Wallahualam...

syahidah said...

salam

well agreed!
selalu sggt buat andaian sendiri. pastu salah. pastu tanggung dose -__-"
so conclusion xyah la buat andaian sendiri slagi xtak dpt cerite sebenar dari tuan punye diri..

ni mcm nak gtaw diri sendiri je T_T

xsemua org bley menerime teguran. xsemua org bley berubah teros. lumrah :)tapi xmustahil jugak kan.
biar sket2, slow2 janji istiqamah.. sabar je la.

post ni series bantu aku. thanks btw ^_^