Salam..........





Friday, July 24, 2009

Keputusan Dalam Kehidupan..



Lama tak menekan punat-punat komputer ini.huh! Kini aku anya ada sedikit masa untuk berkongsi sedikit ilmu yang kadangkala kita sebagai umat islam sering kali lupa.

Duhai pembaca yang dirahmati sekalian,

Dalam meniti kehidupan sebagai manusia dan hamba Allah di muka bumi ini, pastinya kita tidak ketinggalan dalam membuat keputusan. Tidak kiralah apa pun keputusannya, yang pasti pilihan itu dibuat atas kriteria-kriteria tertentu. Cuba kita renung, setiap pagi kita mencelikkan mata, kita diberi pilhian samada nak bangun atau tidak, kemudian nak gosok gigi ke tidak, kemudian nak makan ke tak, nak belajar ke tak?????? Ribuan persoalan menerpa dalam diri kita. endak atau tidak kita kena hadapi dengan keputusannya yang kita putuskan atas sebab-sebab tertentu. Namun demikian, sedarkah kita kadangkala keputusan yang kita buat itu boleh mengubah kehidupan kita dan juga mungkin orang lain.






Pembaca yang dicintai sekalian,
Kita hendak menjawab soalan exam sebagai contoh, kita diberi empat pilihan A,B,C atau D..satu markah menentukan samada kita berjaya atau tidak,lulus atau gagal. Jika berjaya kita mengharumkan nama keluarga dan diri. Jika gagal sebaliknya berlaku. Begitu juga dengan hal perkahwinan, pilihan yang tepat penting bagi menjamin keistiqamahan kita dalam dakwah. Berapa ramai aktivis dakwah yang suatu ketika dahulu rajin bergerak dengan dakwah, tapi selepas kahwin, dia mundur ke belakang. Adakah atas faktor pilihan yang dibuat tidak tepat??

Pembaca yang dikasihi sekalian,

Sebagai khalifah(pemimpin) di atas muka bumi ini, kita perlu sentiasa yakin dan meletakkan segala pergantungan kepada Allah atas segala keputusan yang dibuat. Keyakinan kita kepada Allah akan memimpin diri kepada kesan yang lebih baik dalam diri sendiri serta masyarakat di luar sana. Firman Allah:-

'Dan siapa yang berserah diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupinya'
( Al-furqan:58)

Allah akan mencukupi segala keperluan kita sekiranya kita menyerahkan pilihan itu kepada Allah. Bagaimana? dengan mentaati Allah dan Rasul serta apa yang dibawa melalui Al-Quran dan As-sunnah.

Kadangkala aku pernah ditanya " Harith, bagaimana kalau ada orang tak setuju ngan pilihan kita?"

Persoalan ini, aku cuba simpulkan dengan jawapan yang ringkas. Kita kena yakin bahawa dalam apa jua keputusan yang kita buat, pastinya akan ada yang tidak bersetuju atau tidak berpuas hati. Dan pasti juga ada yang bersetuju. Jangan kita terlampau takutkan kesan itu sehingga kita sendiri terhenti di tengah jalan. Mengimbau sejarah nabi, sekalipun orang mengetahui bahawa baginda seorang yang al-amin, tetapi masih ada yang tidak menerima kenyataan kebenaran yang dibawanya. Allah sengaja hendak kita berfikir akan ibrah dan hikmah berlaku sesuatu perkara. Apa yang pasti, sekiranya kita benar-benar yakin akan keputusan kita bergantungkan kepada penyerahan secara total kepada Allah, kita tidak perlu takut akan kesannya. Kerana itu, Allah menggariskan taqwa sebagai kayu ukur seseorang untuk ke syurga.

"....Sesungguhnya semulia-mulia manusia di kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa"(Al-Hujurat:13)

Jesteru, sekiranya kita berbelah bahagi terhadap sesuatu perkara, solatlah istikarah. Aku sering dinasihati oleh ayahku yang kucintai, supaya sentiasa solat istikarah dalam hidup seharian. Mudah-mudahan kita dapat menuju kecemerlangan dengan pilihan kita yang juga pilihan Allah atas keyakinan dan tawakal kita kepada Allah.

3 comments:

indah said...

asalamualaikum ermmm...bagus harith..teruskan usahamu...Indah akan sentiasa menyokong Harith walau di manapun diiringi doa dan tawakal kepada Allah...Insyaallah!!!

khAzInAtUL AsrAr said...

salam ziarah..

Selamat Berjuang!
MOga Terus kuat dan Dikuatkan..

Harithmkt90 said...

Salam..kepada Indah-Terima kasih atas kata2 dan doa..Insyaallah nti jua berjuanglah demi kepentingan islam..
Kepada Khazinatul asrar-Terus berjuang jua demi agama Allah tidak kira dalam apa jua skop atau method.