Salam..........





Sunday, February 8, 2009

Coretan rasa, nukilan hati.....

Cukup kaku rasanya jari-jemari ini dek lama sudah tidak menyentuh apatah lagi menekan butang huruf di papan-papan digital ini. Terpanggil untuk menulis semula setelah menerjah beberapa siri pengembaraan bermula dari awal tahun hingga ke saat ini. Sudah sebulan agaknya ye. Namun begitu, sisa-sisa muktamar APIS masih belum tertanam reput lagi. Ramai yang menganggap taklifan ini sebagai satu yang berat untuk dilaksanakan. Tetapi, jelas kita ketahui segalanya berlaku atas kasih sayang dan rahmat ALLAH. Dia yang lebih mengetahui tentang setiap yang telah ditetapkan. Nak menolak, tak mampu. Nak meminta apatah lagi. Kerana bukan itu yang menjadi matlamat. Tapi reda Allah yang hendak dicapai. Daulah Islam yang hendak ditegakkan. Perpaduan yang kukuh harus direalisasikan.
Kadang-kadang terasa kesunyian bilamana hati rasa jauh dengan pencipta. Terkadang juga rasa seolah-olah ada yang tidak perlu dibesarkan, dipertikaikan sehingga mengganggugugat kekuatan diri ini. Tapi aku hanya meletakkan sandaran kepada Tuhan yang Maha Satu untuk memimpin diri yang kerdil dan berdosa ini. Aku yakin atas pimpinan APIS yang baru akan memberi satu paradigma yang signifikan terhadap pembinaan iman dan sahsiah serta ukhuwah antara individu ataupun organisasi-organisasi lain. Aku hanya berharap dengan tanggungjawab yang ditakdirkan ini, akan disusuli dengan bantuan Allah agar sentiasa dipermudahkan dalam mencapai matlamat Islam yang sebenar.
Mungkin ada yang berkata aku hanya pandai berkata-kata atau dengan bahasa kasarnya'cakap lebat' tapi hasil tidak ada. Aku akui kelemahan itu sebagai manusia biasa. Kadang-kadang terasa sakit di hati yang tidak terungkap melalui perbuatan. Seluruh kudrat bermujahadah demi mengukuhkan kembali tali persaudaraan. Sedih????. HUHU. Tidak gentleman la harith laki nak sedih-sedih. Tapi begitulah hakikatnya. Segala kerisauan dan kekecewaan terpaksa diceritakan dan dimunajatkan kepada Allah di sepertiga malam.Hanya titisan air mata yang menemani. Hanya kerana ukhuwah dan persaudaraan, tiada yang dapat menyelesaikan melainkan hanya Allah yang Satu. Mungkin roh berhubung, sambil sangkaan baik sentiasa ditanam dan sangkaan buruk ditepis jauh-jauh.
Kini aku sering merenung ayat-ayat Allah di dalam surat muzzammil,as-saff dan al-qiamah. Cukup menakutkan bila hati tidak terikat kepadanya. Jesteru aku mengambil langkah sedikit demi sedikit untuk menambahbaik kualiti kerja dalam diri yang serba lemah ini. Kepada Akh Ikhwan, tahniah dan syukran jazilan yang setinggi-tingginya atas pengorbanan dalam memperjuangkan APIS. Tidak lupa juga kepada Akh Fakhrul, Akh Baihaqi, Akh Rasyid, Akh Syafiq Haziq,Akh Fairosza, Akh Shafie, Akh Fahmi dan ramai lagi termasuk muslimat, terima kasih banyak-banyak atas usaha dan kerjasama antum semua dalam gerak kerja APIS ini demi memperjuangkan Islam. Bagi ahli qiadah yang baru dilantik, selamat maju jaya dalam usaha kita mencapai matlamat. Ketahuilah bahawa dakwah tidak semudah sepertimana makan nasi ayam. Dakwah itu ibarat menggigit kulit durian semata-mata untuk mendaptkan isinya yang manis.
Seterusnya, aku ingin memetik pengembaraan aku selama dua hari di Kolej Darul Hikmah. Aku amat berterima kasih atas pihak APIS dan PKPIM Pusat kerana menjemput dan menerima aku sebagai peserta multaqa nuqaba' nya. Bukanlah gagasan itu yang aku hendak pelajari, tetapi lebih kepada ilmu kemantapan akidah serta prinsip-prinsip yang perlu ada bagi seorang daie dan naqib dalam membentuk ummah yang terbaik. Antara yang menjadi ingatan kepada aku adalah ' Jangan kita rasa bahawa orang melopong mendengar ucapan kita yang menarik sebagai satu kejayaan dalam dakwah kita. Jangan kita rasa bahawa pandainya kita berhujah dan melawan hujah orang lain sebagai satu kejayaan dalam dakwah kita. Jangan kita rasa dengan ramainya mad'u yang kita dapat cari sebagai indikator kepada kejayaan dakwah kita. Jangan kita rasa dengan kata-kata puitis dan petah kita dalam memperkatakan tentang sesuatu isu itu sebagai suatu yang menunjukkan kita sudah berjaya dalam lapangan dakwah kita.' Satu peringatan yang cukup berguna daripada Akh Ikram.
Ketahuilah, ramainya mad'u yang rosak pada zaman ini adalah kerana para daienya merasakan bahawa dakwah ini berjaya kerana kehebatan mereka tanpa memperdulikan bahawa sebenarnya Allah lah yang memberi kekuatan kepada mereka untuk berjaya dalam dakwah Islam ini. Mereka lupa pencipta kekuatan,kehebatan,kepetahan,kecerdikan dan sebagainya. Hilang keikhlasan mereka. Keyakinan bertukar daripada yakin pada Allah kepada yakin pada kekuatan diri sendiri sebagai asbab kejayaan sesuatu perkara. Alhamdulillah, dengan pengisian selama beberapa jam ini, akan ku mohon pada Allah agar memberikan aku hidayah dan petunjuk agar istiqamah dalam meneruskan misi dakwah islam ini. Waima kita seringkali rasa dihina dan dicaci, tapi aku harap aku tidak sesekali luntur dalam menuntut ilmu Allah seterusnya memperjuangkan misi dan visi kita dilahirkan di dunia ini antaranya sebagai khalifah. Jutaan terima kasih dan permohonan ampun dan maaf kepada mereka yang pernah merasakan ada kesilapan yang tidak sengaja mahupun sengaja pernah dicalitkan dalam diari rakan-rakan pembaca sekalian asbab diri ini yang lalai. Doakan agar Allah sentiasa meletakkan diri kita sebagai hamba Allah yang ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran.

2 comments:

suara saudara said...

Saudaraku,dugaan dan cabaran menegakan Islam hanyalah pada insan yang terpilih, bersyukurlah kerana saudara diantara mereka yang terpilih dan bersabarlah menghadapi duri dan api.Perjuangan itu adalah derita yang indah..

lebaijawi said...

Huluran salam yang dikirimkan oleh saudara mahu saja disambut setulusnya. As-salamu 'alayna wa'ala 'ibadillahis-salihin.