Salam..........





Wednesday, August 20, 2008

7 Wasiat Nabi Muhammad S.A.W

Salam Syaaban kepada pembaca sekalian,
Siapa tidak kenal Rasulullah, nabi akhirulzaman. Penderitaan yang dialami,penyeksaan,penindasan pengorbanan tidak terhingga. Kekasih Allah ini mewakafkan dirinya semata-mata untuk memperjuangkan Islam. Berkat susah payah Baginda, akhirnya Islam dapat menguasai dua pertiga dunia hasil dakwah tarbiah yang dirintiskan oleh kekasih Allah ini. Segala puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam dan Kesejahteraan dilimpahkan pada kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W serta keluarganya.
Para sahabiah yang dikasihi allah sekalian,
Dari Abu Dzar ia berkata" Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara:
1. supaya aku mencintai orang yang miskin dan dekat dengan mereka:2. Baginda memerintahkan aku agar aku melihat orang2 yang dibawahku dan tidak melihat pada orang yang berada di atasku:3. Baginda memerintahkan agar aku menyambungkan silaturrahim dengan kaum kerabat sekalipun mereka berlaku kasar kepadaku:4. aku diperintahkan agar memperbanyak ucapan Lahaulawalaquwwatailla billah:5. aku diperintahkan untuk menyatakan kebenaran sekalipun pahit:6. baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah:7. baginda melarang aku agar aku tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia"(RIWAYAT AHMAD)

Para pembaca yang diredai Allah sekalian,
Walaupun pada spesifiknya hadis ini ditujukan Baginda kepada Abu Dzar, tetapi pada hakikatnya untuk umat Islam secara umum. Di sini suka saya memfokuskan kepada wasiat Baginda yang kedua apabila Baginda mengajak kita melihat orang yang lebih rendah kedudukannya dalam hal harta dunia. Apa maqasid(tujuan) Baginda supaya kita melihat orang di bawah dalam hal dunia? Frasa di bawah yang diterangkan dapat saya memberi pendapat bahawa frasa itu merujuk kepada kedudukan pangkat dan harta atau secara umumnya yang berkaitan dengan materialistik dan keduniaan semata-mata. Hal ini diwasiatkan tidak lain dan tidak bukan agar kita selalu bersyukur dengan nikmat Allah yang ada.Selalu Qonaah( merasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita), tidak cemburu, dengki ataupun iri hati.
"Lihatlah kepada orang yang berada di bawahmu dan janganlah melihat orang yang berada di atas, kerana hal demikian lebih patut agar kalian tidak memandang ringan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu." (Muttafaqun 'alaihi)
Melalui hadis ini dapat kita simpulkan bahawa jika seseorang itu sering memandang kepada orang di atas yang lebih mewah pastinya merasakan tidak cukup dengan apa yang ada di samping menimbulkan perasaan dengki dan pelbagai sifat mazmumah lain yang akhirnya memberi implikasi negatif dan dijelmakan dalam tindakan seperti mencuri dan sebagainya.
Namun demikian, harus kita ingat bahawa wasiat kedua ini merujuk kepada harta dunia semata-mata dan bukannya dalam sudut keagamaan seperti ibadah. Bagi perkara ibadah sebagai contohnya, kita seharusnya melihat kepada yang lebih baik dan atas untuk kita contohi seperti Para Anbiya, para Syuhada dan tokoh2 Islam lain.
Intihanya, betapa indahnya Islam mengatur kehidupan dengan penuh hikmah dan sistematik semata-mata bagi umatnya mencapai kebahagian di dunia apatah lagi Nun di akhirat sana. Sama2 kita syukuri nikmat Allah.

Hamba yang Dhaif,
Mohd Harith Bin Mohamad Kamaludin,
http://harithmkt90.blogspot.com/

4 comments:

lebaijawi said...

As-salamu 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh saudara Harith. Aku menghargai dan aku bisa menanggapi apa yang mahu engkau nyatakan dalam blog ini namun begitu aku rasa gelisah untuk merenung lama-lama kerana warna latarnya kurang enak pada pandangan matalahirku (mudah-mudahan matahati tetap tatapi dhikr yang kauberi). Kalau kelak pada waktu mendatang blog ini tampil dengan wajah yang lebih ceria dan harmonis, al-hamdu lillah. Wallahu a'lamu bis-sawab.

kembara_1990 said...

dolah dah maju syial hahahahaha aku selangkah di belakang dia hahahahah harith carry on hehe

lebaijawi said...

As-salamu 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh saudara Harith. Al-hamdu lillahilladhi anzala 'ala 'abdiHil-kitaba walam yaj'al lahu 'iwaja. Tahniah kerana kini blog saudara tampak lebih enak di pandangan mata. Semoga ceria selalu....

lebaijawi said...

As-salamu 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh saudara Harith. Al-hamdu lillahilladhi anzala 'ala 'abdiHil-kitaba walam yaj'al lahu 'iwaja. Tahniah kerana kini blog saudara tampak lebih enak di pandangan mata. Semoga ceria selalu....