Salam..........





Saturday, October 18, 2008

Pengembaraan Seorang Insan Kerdil



Kaabah yang indah

Salam Muhibbah..hush!!lama sudah tidak bergerak jari ini dek mungkin sibuk agaknya.

Namun begitu, dengan keizinan dan InayahNya alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menceritakan sedikit pengalaman hidup ana selama sebulan ramadan sehingga berakhirnya bulan yang mulia ini.aduh!!terasa sedih yang teramat sangat bila mendapat peringatan daripada seorang sahabat(tanbihul ghafilin) berkenaan perasaan para sahabat Nabi dahulu tatkala Ramadan ingin meninggalkan mereka.Bab menceritakan pengalaman ini pasti memberi satu lembaran yang luas tetapi....ana pendekkan sebaik boleh..

Baiklah... pengalaman sebaik sahaja menghirup udara pagi 1 Ramadan....ana bersyukur kerana masih dipertemukan dengan ramadan. Suasana belajar jadi mudah berbanding bulan2 lain..Mudah untuk bangun malam, mentadabbur al-Quran, dan membuat kebaikan2 lain.Alhamdulillah. Hanya mengharap pada penerimaan dan reda Allah. Seterusnya ingin ana simpulkan bahawa banyak perkara yang ana belajar daripada madrasah Ramadan kali ini.

Sucinya Bayi ini......

5,6,dan 7 September 2008(6 Ramadan 1429)

Jejak Kasih

Haha...bermula 5 haribulan, ana bersama2 sahabiah usrah yang lain berserta naqib ana sama2 berbuka puasa di rumah beliau.Akh Zaim yang dikasihi, seorang naqib yang sentiasa mentarbiah diri ini. Hari tu, sebelum kami sampai ke rumah beliau, kami mengunjungi bazaar ramadan..haha...hampir 2 kali kami tawaf bazaar tu..punyalah besar.. Masakan yang enak dibeli dan alhamdulillah kami sempat sampai ke rumah akh Zaim sebelum Maghrib dan berbuka puasa secara berjemaah. Kemudian kami terus ke surau berdekatan untuk menjalani ibadah solat.Dipendekkan cerita, kami sama2 berusrah selepas Isyak dan naum(tidur) dalam jam 12 tgh malam.

Keesokannya, kami bersahur secara berjemaah dan solat subuh di surau yang sama.

Tapi pada hari itu, ana berpisah dengan mereka, dengan rasa kerinduan dan merasakan ada kerja lebih penting, ana akhirnya mengucapkan salam dan bergerak menaiki komuter terus ke anjung rahmat. Di sini ana menghadiri daurah APIS. Dan pada tanggal ini juga ana berjumpa dengan sahabiah yang belum pernah ketemu sebelum ini.Akhi Nasiruddin,Ukhti Fatimah dan ramai lagi yang tidak teringat nama mereka.Semuanya berhati bersih dan mulia. Bersyukur kerana dikelilingi sahabiah yang soleh dan solehah.

Daurah ini habis sebelum maghrib dan selapas iftar jamaie.

Ana terus bertolak ke INTEC menaiki komuter bagi menjejak kasih sahabat seusrah abang ana yang masih mengadakan program Ini Sejarah Kita(ISK) selain bertemu sahabat2 SBP yang baru di sebuah masjid seksyen 19. Malam itu, ana dijemput oleh akhi Najmi menaiki motor. Dalam keadaan hujan renyai.hush..ana mengambil keputusan untuk solat isyak dan melelapkan mata dahulu sebelum mengikuti program itu keesokan harinya. Alhamdulillah, ana masih diberi keizinan untuk bangun dan akhirnya bertemu sahabiah yang dirindui abdul haq, naufal, ammar dan ramai lagi. Yang lagi best bila dapat berjumpa dengan ramai lagi sahabat baru yang baru mendaftar di kolej itu, Ini satu petanda islam akan bangkit.Insyaallah..Allahuakbar3!!

No comments: